Saturday, March 10, 2012

TARIKAN WANITA

1) Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia dengan tidak memberikan segala keperluan agama seperti solat, membaca Al Quran dan membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat sebaliknya hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anak-anaknya ke neraka.

2) Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya, bergaul bebas di tempat kerja, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, walaupun dia seorang alim  maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka.

3) Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing diri dan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong tunggulah tarikan adiknya ke neraka.

4) Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang bercanggah dengan Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunyu ke neraka

Betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.
Marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan syurga. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Sumber: iburok blogspot