Tuesday, March 29, 2011

Yang Paling Jauh

Apakah yang paling jauh?
Yang paling jauh adalah masa yang telah berlalu.
Jangan biarkan hidup dihantui oleh masa yang lalu. Meratapi masa lalu membuat kita lupa, tidak bersedia dan tidak berusaha menghadapi masa kini. Tanamkan tekad agar masa lalu dijadikan sebagai pengajaran dan iktibar supaya kita tidak mengulangi segala kesilapan.

Sunday, March 27, 2011

Hanya ada tiga hari...

Dunia hanya ada tiga hari:
i. Semalam yang berlalu dan kita tidak mempunyai apa-apa lagi darinya
ii. Esok yang dinanti dan tidak pasti kita dapat melewatinya atau tidak
iii. Hari ini yang sedang kita hadapi dan gunakanlah kesempatan ini sebaik-baiknya.

Monday, March 14, 2011

20 perkara yang menyebabkan kesusahan (2)

  • tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
  • pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
  • doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
  • kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
  • suka memadam pelita dengan nafas.
  • membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
  • membasuh kaki dengan tangan kanan.
  • membuang air kecil pada air yang mengalir.
  • memakai seluar sambil berdiri.
  • mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
  • makan dengan menggunakan dua jari.
  • berjalan di antara dua perempuan.
  • suka mempermainkan janggut.
  • suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
  • meletakkan tapak tangan pada hidung.
  • suka menggigit kuku dengan mulut.
  • mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
  • mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
  • menguap ketika solat.
  • meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

20 perkara yang menyebabkan kesusahan (1)

Terdapat banyak perkara yang menjadi penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut :

- tidak solat.

- tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.

- makan atas pinggan yang terbalik.

- memakai kasut dengan memulakan sebelah kiri.

- menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam makanan.

- berwuduk di tempat buang air besar atau air kecil.

- suka bersandar pada pintu rumah.

- suka duduk di atas tangga.

- tidak membersihkan rumah.

- membuang sampah atau menyapu dengan kain.

- suka membersihkan rumah pada waktu malam.

- suka tidur di atas muka.

- membakar kulit bawang.

- menjahit baju yang sedang dipakai.

- mengelap muka dengan baju.

- berdiri sambil bercekak pinggang.

- tidur tidak memakai baju.

- makan sebelum mandi hadas.

- mencuci tangan dalam pinggan selepas makan

- membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung

Wednesday, March 9, 2011

Solat dan Warna Alam

Waktu Subuh
Alam berada dalam spektrum warna biru muda. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Mereka yang terlewat Subuh sebenarnya mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. Warna biru mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Waktu Zuhur
Warna alam berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan perut yang sakit akan menghilangkan keceriaan.
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (kalau tidur).
Waktu Maghrib
Menjelang Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga . Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini untuk bersolat kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Selepas tengah malam
Alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta.. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam hal-hal lain .

Monday, March 7, 2011

Y2K

Berdoalah kerana kita adalah insan yang lemah. Kunci kepada doa adalah Y2K. Y2 adalah yakin Allah mendengar dan yakin Allah akan memakbulkan doa kita.
K adalah khusyuk dan merendah diri semasa berdoa. Apa yang menyedihkan anak-anak didikku berdoa secara main-main, seperti doa itu tiada bermakna langsung dalam kehidupan mereka..
Bagi yang sungguh-sungguh berdoa, jangan putus asa apabila doa masih tidak dimakbulkan, doa itu mungkin disimpan untuk hari akhirat kelak. Apabila semua pahala telah habis dihisab, tiba-tiba muncul amalan yang tidak kita ketahui bila kita melakukannya untuk menambah timbangan pahala. Amalan itu adalah doa kita di dunia yang tidak dimakbulkan.
Buat anak-anak didikku yang mempermainkan doa, semuga doa itu disimpan untuk akhirat kelak sebagai penambah amalan yang mungkin amat kurang dilakukan semasa di dunia.
Wallahu'alam