Friday, April 10, 2020

CHALO! INDIA


8- 14 Dec 2019 kami travel ke India. Kenapa India, ramai tak minat kan, tapi En Has berminat sangat nak ke India. Tetapi agak malang bagi kami kerana itinerary ke Kashmir di ganti dengan Shimla disebabkan ketegangan di Kashmir. Walau pun Shimla juga kawasan pergunungan, pastinya tidak sama dengan wilayah Kashmir yang terkenal dengan gelaran Little Switzerland itu. Shimla adalah bandaraya terbesar di wilayah Himachal Pradesh.


Kami sampai di airport Indira Gandhi jam 9.00 malam, waktu India dan Malaysia berbeza 2 jam 30 minit. Bertolak jam 7.00 waktu Malaysia dan perjalanan mengambil masa 4 jam 30 minit.
Sampai air port terus naik bas ke hotel. Keluar sahaja dari air port baru rasa sejuk, ingatkan India ni panas sokmo, rupa-rupanya waktu malam boleh tahan sejuk.
Hari ke dua, pepagi pukul 6.00 dah gerak ke stesyen keretapi untuk ke Chandigarh. Perjalanan ke stesyen keretapi amatlah menyesakkan, kenderaan sangat padat, bau udara sekitar pulak sangat 'harum'. Mata kena tengok bawah selalu sebab takut terpijak tet...

Sampai Chandigarh jam 12.00 tgh, makan di Jama Restaurant, memang purelah kari ayamnya, lima bintang!
Sambung perjalanan ke Shimla naik coaster pulak. Perjalanan menaiki lereng gunung yang berliku-liku sangatlah lama & memenatkan, bukan macam pi Cameron Highlands dik non. Memang menghairankan tengok kat lereng gunung banyak penempatan penduduk. Sampai hotel hanya ada 15 minit untuk solat jamak Zohor & Asar. Sukar nak jumpa masjid sepanjang jalan kerana 95% penduduk Shimla adalah beragama Hindu. Kalau ada masjid pun mungkin tak perasan atau tak rupa masjid kut. 
Sebelah malamnya pula keluar ke Lakar Bazar yang menjadi tempat wajib jika pelancong datang ke Shimla. Kedai-kedai yang terletak di lereng gunung, memang memenatkanlah nak jalan satu persatu. Tapi memang murahlah nak compare kat sini. Banyak jual pakaian & peralatan winter sebab musim sejuk. Muka orang kat sini bukan macam India dah, dah macam orang Tibet.
Hari ke tiga, naik kawasan pergunungan lagi iaitu Kufri. Pengalaman yang amat serik kerana terpaksa naik kuda untuk sampai ke atas. Kenapa semua orang tak takut eh, aku sorang je yang takut. Aku nak tinggal sorang kat bawah, En Has marah. Masa naik kuda tu, aku pegang je bahu budak penjaga kuda tu sepanjang jalan. Kesian kan, dah lah termengah-mengah naik gunung, ada pulak orang menambah beban dia.
 Sampai di atas rupa-rupanya ada banyak gerai menjual pakaian, tak ingat apa yang aku beli. Tu kat belakang ada yak, boleh naik tapi ada bayaranlah.
Turun dari Kufri pergi ke Narkanda, kawasan ni bersalji, tak ramai sangat orang datang.
Tandas pun tak ada, surau jauhlah sekali
Malam tak ada apa aktiviti, memang penat sangat dah. Jarak dari Delhi ke Shimla 344 km. Dari Shimla ke Kufri 15 km dan dari Kufri ke Narkanda 48 km, jalan bergunung ganang, bengkang bengkok, selekoh tajam semua jumpa, bukan jalan lurus, serik gila. Memang tak rekomen lah kat sapa-sapa.
Hari ke empat, bertolak balik ke Delhi. Sampai Chandigarh makan kat restoran sama, kemudian singgah di masjid Jama.
Di Chandigarh kami pergi ke Rock Garden, memang unik sebab bahan-bahan terbuang dibentuk menjadi patung-patung. 

Besar sungguh taman ni, masuk lorong keluar lorong tak habis-habis jugak.


Sementara menunggu keretapi nak ke Delhi, kami dibawa ke mall yang canggih Ellante Mall. Bukan boleh sembarangan masuk, kena lepas security check dulu. 

Ni kat depan mall.

Bertolak ke Delhi dengan keretapi, ada disediakan makanan tapi aku tak berapa nak lalu. Sampai hotel dah malam, memang tak ada makananlah.
Hari ke lima, bertolak ke Agra. Perjalanan ke Agra memang selesa sebab melalui highway Sampai juga kami ke tempat yang menjadi idaman jutaan manusia iaitu Taj Mahal. Sayangnya tak berapa lama selepas sampai di Taj Mahal, hujan pun turun dengan lebat, tak dapat lah ambil gambar banyak sangat.

Nak sampai Taj Mahal kena naik buggy, Aid pulak bawak power bank tak boleh bawak masuk pulak. Terpaksa buat muka kesian tinggalkan kat salah sebuah kedai di luar Taj Mahal. Dia kata free tapi mahu nya free. Masa nak balik nak mintak power bank tu beli lah satu cenderamata buat budi bahasa. Dia kata satu 250 Rp, bayar ajelah sebab dah terhutang budi. 


Malamnya pergi kedai sebelah hotel, cenderamata yang sama hanya Rp 50. Kan dah kena...


Hari terakhir - India Gate. Macam-macam ada, servis korek telinga pun boleh.


Sebelum ke air port kami di bawa ke Babu Market tapi kami tunggu di luar aje, seram sungguh orang ramai berasak-asak. Aid pulak bawak kamera. En Has nak beli kacang, layan je lah walau pun rasa macam tak berapa nak bersih.

Indira Ghandi International Airport.
Pengalaman menjejak bumi India menyebabkan aku bersyukur ditakdirkan menjadi orang Malaysia. Banyak perkara yang tak terjangkau dek akal fikiran ketika berada di sana. Semuga Allah swt melindungi saudara seagama kita di sana terutama di Kashmir. 



Sunday, April 5, 2020

Turki - Unforgettable Journey

20 Dec 2018, tercapailah hajat kami nak menjejak bumi bekas kerajaan Uthmaniyah yang gemilang suatu ketika dulu. 

Kami menaiki pesawat Turkish Airlines jam 11.30 malam (waktu Malaysia)

Seperti biasa, mestilah bawak budak manja ni.
Masa perjalanan sangatlah panjang, antara 10 - 11 jam. Beza waktu adalah 5 jam, kami bertolak jam 6.30 petang (waktu Turki) dan sampai jam lebih kurang jam 5.30 pagi, solat suboh di air port. Orang sangatlah ramai, rasa macam pi umrah pulak.
Keluar dari air port barulah perasan sejuk ya amat. Kami dibawa naik bas ke Bursa.

Tuesday, April 30, 2019

Memory Guilin

Trip Guilin: 27 - 31 Dec 2017

Liangjiang International Airport. Perjalanan hanya mengambil masa 4 jam. Bertolak 6.00 am dan sampai 10.00 am. Guilin ketika itu musim sejuk, tetapi tidaklah extreme sangat, lebih kurang 16 C.
Dari air port, terus menuju ke Shangri-La Park sebuah taman tema etnik yang cantik landskapnya.
Kemudian menaiki bot menyusuri sungai yang akan melalui beberapa buah pondok-pondok tradisional yang dibina di tepi sungai. Setiap pondok terdapat beberapa kaum etnik di Guilin yang akan menari dan melambai bot-bot yang lalu




Thursday, October 4, 2018

JAPAN TRIP


JAPAN TRIP

                                                         10.30 pm - Haneda International Airport
                                                 
Alhamdulillah... dengan rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah akhirnya kami dapat menjejakkan kaki ke bumi Jepun pada 1.12.2016 -7.12.2016. Sebagai seorang yang taraf hidupnya biasa-biasa, negara Jepun tidak pernah termasuk dalam list mimpi aku.  Namun Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang mendengar bisikan hati ketika menghantar Nunun ke airport pada 19.3.2016 yang lalu, tak sampai setahun Nunun belajar di Jepun, kami telah datang menyusul. NikmatMu yang mana lagi yang nak kudustakan.

Oleh kerana dah hampir dua tahun baru aku nak upload, catatan &gambar aku hanya buat random-random sahaja, kerana aku pun dah tak berapa mengingati satu persatu apa yang kami buat, kemana kami pergi ketika trip tersebut. Asalkan aku dapat catat sebagai kenangan pun cukuplah, dah lebih baik daripada tak catat langsung.

Sepanjang seminggu kami tinggal di homestay. Tengok ni tandas pun boleh buat aku rasa gayat hiks
Sampai homestay dah lebih 11.00 pm, masak nasi dulu berlaukkan KFC bawak dari M'sia dan sambal garing Che Nor). Dah makan boboi tidur keletihan lah tu.

Day 2: Perjalanan dari homestay ke station keretapi
Someone please bring me here...again. Iye cakap.
Daun maple berguguran
Pagi-pagi dah keluar, nak tengok Shibaura Institute. Pengalaman menaiki train di Japan. Waktu train tiba sangat sharp. Orang Jepun tak ada kereta pun tak apa sebab public transport sangat efficient. Aktiviti dalam train hanyalah tido/hand phone/membaca. Tido macam mana pun sampai station yang dituju tau pulak bangun.

Jalan kaki ke universiti boleh tahan jauh, boleh lepak-lepak jap.

Ada orang baik hati ambikkan gambar
Depan universiti

Boboi depan uni


Pemandangan sepanjang jalan ke universiti


Sebab hari Jumaat, ambik peluang ke masjid terbesar di Tokyo

 Sampai dah masjid selepas menapak beberapa minit

Tokyo Cami - diuruskan oleh muslim Turki

Saudara sesama Muslim, Alhamdulillah
Ruang untuk muslimat

Makan selapas solat Jumaat, Alhamdulillah save bajjet makan tengahari.

muka boboi

Day 3



Nak ke kaki Gunung Fuji




Wednesday, December 30, 2015

CATATAN UMRAH (3)

                                    Day 6: 10 Dec 2015 -Khamis

 Hari ni ke masjid selepas azan pertama, pun agak sukar memilih tempat yang strategik.


 
Jam 7.30 am berkumpul di lobi untuk ziarah luar. Jam 7.50 baru bergerak ke Jabal Thur. 


Ketika umat Islam mendapat tentangan hebat dari kaum musyrikin, Allah memerintahkan Rasulullah berhijrah ke Madinah (Yathrib). 


Baginda melalui jalan rahsia yang jarang dilalui oleh orang ramai dan bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari. 


Destinasi seterusnya Padang Arafah. Disinilah terletaknya Jabal Rahmah, tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah sekian lama terpisah kerana dikeluarkan dari syurga.

 Di kaki bukit sahaja... tak berani pulak nak naik

 Doa di kaki bukit...


Hari ini kami buat umrah ke dua dan bermiqat di Masjid Ja'aranah yang terletak 24 km dari Masjidil Haram. Rasulullah saw pernah bermiqat di sini selepas pulang dari Perang Hunain. Ketika peperangan ini tentera Islam berjumlah 30 000 dan kaum musyrik hanya 10 000 tetapi mengalami kekalahan. Iktibar dari peperangan ini adalah kekuatan Islam itu bukan bergantung kepada kuantiti tetapi kualiti.


                                     Day 7: 11 Dec 2015 -Jumaat



Berkumpul 8.00 pagi untuk menunaikan umrah ke tiga. Kali ini kami bermiqat di Tanaim (Masjid Saiditina Aisyah). Perjalanan lebih kurang 30 minit. Kami sampai semula ke Masjidil Haram jam 9.20 pagi. 

Hari ini tawaf di tingkat atas memandangkan di bawah sangat sesak. Selesai tawaf keluar ke tandas dengan En Has dan Aid, emak dan Amal teruskan saie. Malangnya bila nak masuk dah tutup, puas merayu tak dapat masuk. Akhirnya naik eskelator dengan bresesak-sesak sampai nak terjatuh. Aid kata ni paling dia tak boleh lupa. Alhamdulilah dapat selesaikan saie sebelum solat Jumaat. Dulu masa pergi haji pun tak pernah dapat solat Jumaat sebab kesesakan luar biasa pada waktu Jumaat.
Hari ni keletihan terlampau agaknya sampai tak larat pergi solat asar.

Day 8:12 Dec 2015 -Sabtu


Pagi ni ke masjid agak awal jam 3.45 am, masih ramai juga. Sememangnya Mekah memang tidak pernah tidur. Pagi bawak mak beli baju dan waktu asar keluar dengan En Has sahaja.


Day 9: 13 Dec 2015 -Ahad

Kemasjid beberapa minit sebelum azan pertama.Duduk di tingkat atas lebih selesa tapi sejuk sikitlah. Pukul 8.00 am keluar dengan Amal beli baju dan sedikit barang. Waktu Zohor Aid tak pergi masjid sebab demam katanya. Tapi Asar dah sihat pulak sebab dah janji waktu balik nak beli chicken broast. Selepas maghrib pulak, Aid balik seorang, bimbang jugak tapi teringatkan Amal sorang kat bilik pun merisaukan jugak.

Isyak terakhir...sedihnya.

Day 10: 14 Dec 2015 - Isnin


Subuh terakhir...

"Ya Tuhanku, janganlah Engkau jadikan ziarah hamba ini di tempat yang mulia ini sebagai ziarah yang penghabisan, kurniakanlah kepada hamba peluang untuk menziarahi kembali ke tempat ini dalam keadaan sihat dan baik, jika panjang umur hamba insya Allahhamba akan datang lagi, jika sampai ajal  hamba maka hamba akan meletakkan kepadanya Syahadat dan perjanjian hamba dari hari ini sehingga hari kiamat, iaitu hamba bersaksi tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang satu yang tidak ada sekutu bagiNya, hamba naik saksi bahawa Nabi Muhammad hambaNya dan pesuruhNya, Maha Suci Tuhan yang mempunyai kebesaran dan
kemuliaan, Tuhan seru sekalian alam"

Jam 7. 30 am dah turun ke lobi, tapi jam 10.00 am baru bas sampai. Menunggu lama adalah sesuatu yang normal di Mekah, kerana itu hati perlu ikhlas, niat semata-mata kerana Allah.
Tiba di Jedah dapat berita flight delay dari jam 4.15 ke 6.15. 
how i miss this moment