Hari ni ke masjid selepas azan pertama, pun agak sukar memilih tempat yang strategik.
Jam 7.30 am berkumpul di lobi untuk ziarah luar. Jam 7.50 baru bergerak ke Jabal Thur.
Ketika umat Islam mendapat tentangan hebat dari kaum musyrikin, Allah memerintahkan Rasulullah berhijrah ke Madinah (Yathrib).
Baginda melalui jalan rahsia yang jarang dilalui oleh orang ramai dan bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari.
Destinasi seterusnya Padang Arafah. Disinilah terletaknya Jabal Rahmah, tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah sekian lama terpisah kerana dikeluarkan dari syurga.
Di kaki bukit sahaja... tak berani pulak nak naik
Doa di kaki bukit...
Hari ini kami buat umrah ke dua dan bermiqat di Masjid Ja'aranah yang terletak 24 km dari Masjidil Haram. Rasulullah saw pernah bermiqat di sini selepas pulang dari Perang Hunain. Ketika peperangan ini tentera Islam berjumlah 30 000 dan kaum musyrik hanya 10 000 tetapi mengalami kekalahan. Iktibar dari peperangan ini adalah kekuatan Islam itu bukan bergantung kepada kuantiti tetapi kualiti.
Day 7: 11 Dec 2015 -Jumaat
Berkumpul 8.00 pagi untuk menunaikan umrah ke tiga. Kali ini kami bermiqat di Tanaim (Masjid Saiditina Aisyah). Perjalanan lebih kurang 30 minit. Kami sampai semula ke Masjidil Haram jam 9.20 pagi.
Hari ini tawaf di tingkat atas memandangkan di bawah sangat sesak. Selesai tawaf keluar ke tandas dengan En Has dan Aid, emak dan Amal teruskan saie. Malangnya bila nak masuk dah tutup, puas merayu tak dapat masuk. Akhirnya naik eskelator dengan bresesak-sesak sampai nak terjatuh. Aid kata ni paling dia tak boleh lupa. Alhamdulilah dapat selesaikan saie sebelum solat Jumaat. Dulu masa pergi haji pun tak pernah dapat solat Jumaat sebab kesesakan luar biasa pada waktu Jumaat.
Hari ni keletihan terlampau agaknya sampai tak larat pergi solat asar.
Day 8:12 Dec 2015 -Sabtu
Pagi ni ke masjid agak awal jam 3.45 am, masih ramai juga. Sememangnya Mekah memang tidak pernah tidur. Pagi bawak mak beli baju dan waktu asar keluar dengan En Has sahaja.
Day 9: 13 Dec 2015 -Ahad
Kemasjid beberapa minit sebelum azan pertama.Duduk di tingkat atas lebih selesa tapi sejuk sikitlah. Pukul 8.00 am keluar dengan Amal beli baju dan sedikit barang. Waktu Zohor Aid tak pergi masjid sebab demam katanya. Tapi Asar dah sihat pulak sebab dah janji waktu balik nak beli chicken broast. Selepas maghrib pulak, Aid balik seorang, bimbang jugak tapi teringatkan Amal sorang kat bilik pun merisaukan jugak.
Isyak terakhir...sedihnya.
Day 10: 14 Dec 2015 - Isnin
Subuh terakhir...
"Ya Tuhanku, janganlah Engkau jadikan ziarah hamba ini di tempat yang mulia ini sebagai ziarah yang penghabisan, kurniakanlah kepada hamba peluang untuk menziarahi kembali ke tempat ini dalam keadaan sihat dan baik, jika panjang umur hamba insya Allahhamba akan datang lagi, jika sampai ajal hamba maka hamba akan meletakkan kepadanya Syahadat dan perjanjian hamba dari hari ini sehingga hari kiamat, iaitu hamba bersaksi tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang satu yang tidak ada sekutu bagiNya, hamba naik saksi bahawa Nabi Muhammad hambaNya dan pesuruhNya, Maha Suci Tuhan yang mempunyai kebesaran dan
kemuliaan, Tuhan seru sekalian alam"
Jam 7. 30 am dah turun ke lobi, tapi jam 10.00 am baru bas sampai. Menunggu lama adalah sesuatu yang normal di Mekah, kerana itu hati perlu ikhlas, niat semata-mata kerana Allah.
Tiba di Jedah dapat berita flight delay dari jam 4.15 ke 6.15.
how i miss this moment
No comments:
Post a Comment