Friday, December 25, 2015

CATATAN UMRAH (2)

Day 1: 5 Dec 215 -  Sabtu

7. 00 a.m

9.00 a.m


10.00 am Aid dapat seat paling strategik


7.41 pm (Malaysia) 2.41 pm (waktu tempatan) Airport Madinah
nampak tenang macam tak ada orang...


tapi hakikatnya...

8.00 pm baru selesai urusan imigresen... tengok Aid sampai terduduk, tapi masih ceria


10.20 pm baru sampai hotel. Tak sempat nak solat isyak di masjid.

Day 2: 6 Dec 2015 - Ahad

Azan pertama : 4.30 pagi. Waktu  solat Suboh 5.30 am. 

Sejuk bukan main-main (4°C) . 

8.00 am berkumpul untuk ziarah.

Bergenang air mata kerana hajat untuk kembali selepas lima tahun Kau makbulkan. NikmatMu yang mana lagi hendak kudustakan.


 Menunggu giliran untuk ke Raudah

payung dah terbuka


laluan antara hotel dan masjid

                       lalu sini peniaga akan cakap "Malaysia bagoz"


                     coklat oh coklat (awas rasa tak sesedap Cadbury)
  

                         Perkuburan Baqi


                                      Day 3: 7 Dec 2015 - Isnin

 Ziarah luar


Masjid Quba' masjid pertama di bina ketika Rasulullah saw berhijrah ke Madinah. 

Fadilat bersolat disini bersamaan satu pahala umrah.


Selepas itu ke masjid 7, tak turun cuma lalu aje. 


Seterusnya ke masjid Qiblatain, pun lalu aje


Bukit Uhud ... eh ada orang enterframe!

sebenarnya mamat tu yang ambik gambar ni... bukan free 10 Riyal, dah tu macam paksa2 suruh ambik gambar lebih pulak!


Ladang kurma, sesak dengan orang 


tak beli... ambik gambar boleh la...


Pasar kurma.... kat sini Andalusia rekemenkan, Gerai no 96 ... ada diskaun katanya. Tapi macam sama je.
Balik ke hotel dah 12.15 pm, terlepas Zohor di masjid... rugi rugi rugi. Ada masalah sikit dengan salah seorang jemaah, timing lari sikit. Apa nak buat, kita bergerak berkumpulan, kenalah memahami, tak boleh nak marah2, esok lusa mungkin kita pulak yang membawa masalah.

         
                                         Aktiviti petang di Madinah

Day 4: 8 Dec 2015 - Selasa

Hari terakhir di Madinah - Oleh kerana hari ini akan berangkat ke Mekah, maka eloklah mandi sunat  ihram siap-siap.  Ziarah Widak diperuntukkan antara jam 8.00 - 10.00 am.

Doa ziarah selamat tinggal:  

"Ya Tuhanku, janganlah dijadikan ziarah hambaMu di tempat yang mulia ini sebagai ziarah penghabisan, kurniakanlah kepada hamba peluang untuk menziarahi kembali ke tempat ini dalam keadaan sihat dan baik, jika panjang umur hamba insya Allah hamba akan datang lagi, dan jika sampai ajal hamba, maka hamba telah mengabdikan kepadaMu syahadat dan perjanjian hamba dari hari ini sehingga hari qiamat, iaitu hamba bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Allah, Tuhan yang Esa yang tidak ada sekutu bagiNya, dan hamba naik saksi bahawa Nabi Muhammad hambaNya lagi pesuruNya. Maha suci Tuhan yang Memelihara dan Mentadbir seluruh alam"

2.00 pm bertolak ke Mekah. Solat jamak Zohor dan Asar serta solat sunat ihram di Masjid Zulhulaifah Bir 'Ali dan kami berniat ihram di sini.




4.00 pm bertolak dari Bir Ali, berhenti makan nasi Arab yang sangat sedap jam 7.00 pm di R&R, solat jamak maghrib dan Isyak di sini. Keadaan di sini jauh lebih baik berbanding 5 tahun yang lalu, dulu masa nak masuk toilet rasa nak menangis tapi sekarang kira ok lah jugak.
10.00 pm kami sampai di Mekah. Menghantar barang ke bilik hotel terlebih dahulu dan jam 10.30 bergerak ke Masjidil Haram untuk melakukan tawaf. Mutawif mahu kami selesaikan umrah pada hari ini juga agar kami tidak berada dalam ihram terlalu lama. Jarak masjid dengan hotel penginapan (Hotel Hanen Firdaus) lebih kurang 350m. 


Doa apabila melihat Kaabah: 

Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar. Tidak ada Tuhan yang disemhah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang Maha Esa, tidak ada sekntu bagi-Nya, Tuhan yang memerintah segala sesuatu, baginya segala pujian dan Dialah Tuhan yang Berkuasa ke at as tiap-tiap sesuatu. Aku memohon perlindungan Tuhan Rumah ini (Ka'abah\) daripada kekufuran dan kemiskinan, azab kubur dan sempit fikiran. Rahmat Allah dan sejahtera-Nya mencucuri ke atas Saidina Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Tambahlah Baitullah ini dengan kemuliaan, kehebatan, ketinggian dan kebajikan.



Memulakan tawaf bermula dari garisan Hajarul Aswad sehinggalah selesai 7 pusingan dan setiap pusingan ada doa tertentu yang disarankan untuk dibaca. Bacalah jika mampu. 
Selesai tawaf, lakukanlah solat sunat tawaf dan selepas itu minum air zam-zam. 



Doa minum air zam-zam: 
 Ya Allah, aku memohon kepadaMu ilmu yang berguna, rezeki yang luas dan disembuhkan segala penyakit dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Penyayang


Selepas itu mulakan perjalanan ke bukit Safa untuk mengerjakan Sa'i. Lambaikan tangan ke arah Kaabah dengan mengucap Allahu Akhbar 3X Walillahilhamdu. 



Setelah tamat perjalanan sa'i pusingan ke tujuh di Bukit Marwah bertakbirlah tiga kali dan berdoa.

--> Ya Tuhan, kami memohon diterima amalan kami, maafkanlah dan ampunkanlah kami, Berilah pertolongan kepada kami untuk taat dan bersyukur kepada-mu. Janganlah membiarkan kami bergantung kepada orang lain melainkan dari Engkau. Matikanlah kami di dalam iman dan Islam yang sempurna, sedang Engkau redha kepada kami. Ya Allah ya Tuhan, peliharalah diriku dengan meninggalkan segala kejahatan di dalam hidupku dan peliharalah aku supaya tidak membuat perkara yang tidak memberi manfaat dan kurniakan kepadaku perasaan ingin kepada perkara-perkara yang membawa keredhaan Engkau wahai Tuhan yang bersifat amat belas kasihan.  

Setelah selesai bergunting maka jemaah sudah pun bertahallul, bebas dari pantang larang  dan umrah telah pun selesai.

Selesai umrah jam 2.30 am dan sampai semula ke bilik hotel lebih kurang jam 3.00 am. Kepenatan maksimum masa ni. Gambar di atas adalah laluan ntuk balik ke hotel, keadaan orang ramai sentiasa kelihatan begini, tiada apa yang nak dihairankan kerana Mekah memang kota yang tidak pernah tidur.


                                 Day 5: 9 Dec 2015 - Rabu

Lewat ke masjid iaitu selepas azan ke dua. Tercari-cari tempat tapi semuanya penuh sehinggalah solat suboh nak bermula, baru dapat tempat. 



Jam 8.00 am pergi semula ke masjid tapi bertiga sahaja dengan En Has dan Cik Mal.

                                                                (Gambar hiasan)

Dapat solat di Hijir Ismail  walau pun orang berpusu-pusu....Alhamdulillah. Salah satu tempat mustajab doa.


Cik Mal posing otw balik.

 Hari ni lepas sembahyang zohor tak balik hotel, pergi jenjalan kat Safwa Tower, nak cari roti canai D'Saji tapi tak ada pulak. Aid pulak merengek-rengek nak chicken broast. Kedai jual chicken broast ni memang banyak di Mekah, satu box Ry 13, ada 4 ketul ayam, kentang dan 2 keping lempeng warna putih yang memang sa-sah tak laku sebab keras ki ki ki. 


Hari ni kitorang terus Asar, Maghrib dan Isyak. Tapi nak menunggu Isyak rasa penat sikit, nak menghilangkan sakit-sakit badan sebab duduk lama aku akan selang-selangkan baca Quran dan solat sunat.





















No comments:

Post a Comment