Sunday, November 27, 2011

1433H

Setahun lagi telah berlalu , masa terasa begitu pendek. Banyak azam dan cita-cita tercapai, banyak juga yang tercicir dan tidak kesampaian. Semuga Allah permudahkan untuk hari-hari seterusnya dan memberi kekuatan menolak walau sekecil-kecil kemungkaran. Selamat tinggal segala keburukan, selamat datang segala kebaikan. .

Saturday, November 26, 2011

Selamat Tahun Baru Hijrah 1433

Hijrah dari alam kejahilan kpd alam keilmuan 

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka. 

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
-
Sumber: http://syedas.wordpress.com



Thursday, November 24, 2011

Kita golongan mana?

Golongan 1- Golongan jatuh kafir

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat Islam yang tak sembahyang, malah ramai juga yang tak tahu sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2- Golongan dosa dan derhaka

fOrang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Tak belajar sembahyang secara rasmi atau tak rasmi. Golongan ini hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala. 

Golongan 3- Golongan Fasik

Orang yang mengerjakan sembahyang, dan tahu ilmu sembahyang, tetapi tidak boleh melawan nafsu terhadap tarikan dunia. Mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4- Golongan Lalai

Orang yang sembahyang tetapi tak khusyuk dan lafaznya banyak yang tak difahami, fikirannya tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang tetapi  fikirannya mengembara dalam dunia. Orang ini lalai dalam sembahyang dan ganjarannya adalah neraka.

Golongan 5- Golongan awamul muslimin

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia. 

Golongan 6- Golongan Lemah (Mujahadah)

Golongan ini main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa.

Golongan 7- Golongan orang-orang soleh

Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya.

Golongan 8-  Golongan Muqarrabin

Golongan dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit.

Golongan 9- golongan “As-Siddiqin”

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan Tuhannya.

Sunday, November 20, 2011

Empat jenis.....

Empat jenis perempuan yang berada di neraka ialah:
1. Perempuan yang kotor mulutnya terhadap suaminya. Jika suaminya tidak ada di rumah ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya ia memarahinya.
2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang suami tidak mampu.
3. Perempuan yang tidak menjaga auratnya dari kaum lelaki dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik kaum lelaki).
4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan minum dan tidur,tidak mahu berbakti kepada Allah dan Rasul-Nya serta tidak mahu berbakti kepada suaminya.

Monday, November 14, 2011

SPM 2011

Hari ini bermulanya Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), di antara peperiksaan yang besar dalam sistem akademik sekolah menengah.
Mohon kepada Allah swt. agar permudahkan semua urusan menjawab soalan dan melapangkan dada dan fikiran dari perasaan kusut, serta  dapat menjawab dengan tenang dan fikiran yang terbuka serta semoga Allah melancarkan segala galanya
DOA MEMOHON KEJAYAAN CEMERLANG
(Dibaca sebelum tidur setiap hari sehingga keputusan peperiksaan diumumkan.)
(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya:
Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh
Pastikan mengulangkaji pelajaran. Selepas solat berdoa kepada Allah SWT semuga mendapat kejayaan dariNya.

Amin Ya Rabb

Friday, November 11, 2011

11.11.1989 - 11.11.2011

Ya Allah dah pukul 3.50 petang, barulah terperasan tarikh hari ni adalah ulang tahun perkahwinanku yang ke 23 tahun. Bukan tak sedar tarikh hari ni tetapi kesibukan menguruskan peperiksaan SPM yang akan bermula pada 14 Nov ini menyebabkan aku tak perasan tarikh ini merupakan satu tarikh yang amat bererti dalam kehidupan suatu ketika dulu. Tempoh 23 tahun bukanlah suatu tempoh yang singkat tetapi mengapa tidak terasa hari-hari yang telah berlalu dan rasanya seperti masih baru. Begitulah pantasnya masa yang tidak pernah akan menunggu sesiapa.
 
Semoga Allah mengampunkan segala dosa dosa kami yang sengaja dan dosa dosa yang tak sengaja. Ya Allah ampun kan dosa besar dan dosa kecil kami. Semoga Engkau memasukkan IMAN di dalam diri kami dan matikan kami di dalam ISLAM. Serta mudahkan segala urusan hidup kami.Amin Ya Rabb.