Monday, July 9, 2012
Bangunlah.....
Ilmu sains moden telah menemui dan mengakui tentang kelebihan bangun awal di waktu pagi.
Nabi S.A.W tidur awal pada waktu malam dan bangun awal pada waktu pagi, baginda juga tidak berjaga malam selepas isya’ kecuali untuk menyampaikan majlis ilmu bersama para sahabat yang dikasihi.
” Bangunlah di malam hari , kecuali sedikit, ”
Al-Muzammil – 2
Menunaikan solat dua rakaat pada waktu malam ialah satu persediaan untuk menghadapi kesunyian di dalam kubur kelak. Sabda Rasulullah saw:
“Tunaikanlah solat dua rakaat dalam kegelapan malam demi kesunyian di dalam kubur”
Sembahyang malam hebat kesannya kerana ia membekalkan potensi dan daya juang yang tinggi dalam jiwa orang mukmin. Benarlah firman Allah S.W.T:
” Sesungguhnya jiwa ( orang ) yang terbentuk pada waktu malam itu lebih mantap ( keperibadiannya ) dan lebih jitu kata-katanya “
Al-Muzzammil – 6
Kajian sains terhadap kelebihan bangun awal pada waktu pagi untuk kesihatan jasmani
1) Sains menyatakan kandungan gas ozon dalam udara pada waktu pagi adalah tertinggi berbanding pada waktu lain. Gas ozon amat penting untuk tubuh badan. Kesannya untuk kesihatan adalah amat baik, ini lebih baik jika seseorang itu menunaikan solat subuh di masjid, semakin jauh masjid maka semakin baik. Ganjaran pahala pun bertambah. Insyaallah
2) Kandungan ‘ al-kartozon’ dalam darah adalah tertinggi pada waktu pagi sebelum matahari terbit. ‘Al-kartozon’ baik untuk badan yang mengaktifkan sel dalam badan, dan juga menambahkan kandungan gula dalam darah.
3) Bangun awal di waktu pagi dapat mencegah daripada penyakit hati.
4) Membantu membekalkan kandungan vitamin untuk tubuh badan.
5) Membantu dalam membekalkan tenaga, mencergaskan tubuh badan
Kesihatan tubuh badan akan dirasai oleh orang yang sentiasa bersolat, orang yang menjaga solat subuh, tahajjud, tidur yang sedikit memberi kekuatan dan tenaga yang berterusan. Ini dapat menyangkal dakwaan bahawa tidur yang banyak/lama dapat memberi kekuatan dan kesihatan.
“Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.”
Al-Furqan – 64
“Di dunia mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam. Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar.”
Al-Dzaariyat – 17,18
Ganjaran dan keampunan yang dikurniakan kepada sesiapa yang bangun awal pada waktu pagi:
Pertama: akhirat- diganjari pahala oleh Allah
Kedua : dunia- dikurniakan kesihatan, dibekalkan tenaga, kekuatan, kecergasan, terhindar daripada penyakit
” Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
Al-Isra’ – 79
Sumber: http://www.jutawanmaklumat.com/solat-sunat-pada-waktu-malam/
Subscribe to:
Posts (Atom)