Friday, September 21, 2012

Pahala selepas mati


Tujuh pahala selepas mati:

- mendirikan masjid selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
- mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
- menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya
- menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
- menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya samada manusia atau burung.
- mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
- meninggalkan anak yang soleh yang mendoakan kedua orang tuanya.

 (Anas r.a.)

Monday, September 17, 2012

Kemanusiaan yang hilang


Berita Harian 17 Sept 2012 : Mayat bayi yang masih bertali pusat dicampak dari tingkat 3 Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya. Seorang wanita berusia 20-an ditahan untuk membantu siasatan. Kes bayi dicampak dari tempat tinggi bukan pertama kali kita dengar dan baca. Nampaknya syaitan bertopengkan manusia semakin bermaharajalela di sekeliling kita, termasuklah sipencampak bayi itu. Tak ada hati perut kah dia....ops syaitan mana ada hati perut.
Kes ini bertepatan dengan sabda Rasululllah saw : tanda-tanda awal hari nak kiamat ialah manusia bertambah zalim dan tidak tahu akan hukum hakam agama. Mudah-mudahan kita, keluarga dan seluruh kaum muslimin muslimat  tidak tergolong dari manusia sebegini rupa.  Nauzubillah min zaliq
Gambar : Ondscene.my. TQ

Dunia dah nak kiamat....

Berita Harian 14 Sept 2012 : remaja 14 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jerantut atas tuduhan sumbang mahram terhadap kakak kandung berusia 15 tahun sehingga melahirkan seorang bayi lelaki. 
Tergamam, terkedu, ter.. macam-macam perasaan bercampur baur membaca berita ini. Walau pun baru satu pertuduhan tetapi jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun dan sebatan. Mengapa boleh terjadi, siapakah yang bersalah. Inikah contoh amanah Allah yang disia-siakan ?.Apa nak jadi keturunan masa depan yang caca merba. Memang benarlah dunia dah nak kiamat. 

Wednesday, September 5, 2012

RAYA 2012

Seperti tahun-tahun sebelumnya, agenda raya kami adalah bergambar di studio
Cina tu pun dah pandai edit gambar ye.... wah kelas kau cina
Seperti tahun 2011, mood malas nak raya menguasai hati & fikiran, akibatnya pergi raya ke studio cina tu dan 2 buah rumah (mak saudara En Has) aje, tunggu Raya 2013 lah kalau panjang umur.