Macam aku pulak yang pergi.... nak tunggu Amer update blog entah bila, jadi biarlah maknya yang buat catatan bagi pihak anaknya.
Alhamdulillah setelah berbulan-bulan bertungkus lumus untuk menjayakan Misi Kemanusiaan Kemboja, akhirnya Amer dan teamnya berjaya merealisasikan projek yang telah mereka rancang sekian lama. Aku memang memberi sokongan penuh walau pun aku tahu pemergian Amer akan 'merabakkan' poketku dan En Has. Kerana misi itu juga aku menebalkan muka meminta sumbangan rakan-rakan terdekat, satu perkara yang tak pernah aku buat sepanjang hidup aku di muka bumi ini.
Sesiapa yang ke Kemboja pasti akan melawat Killing Fields di daerah Chong Ekk yang terletak kira kira 15 kilometer dari Bandar Phnom Penh iaitu kawasan yang menjadi lokasi penderaan Rejim Pol Pot.
Siapa Pol Pot? Pol Pot atau nama sebenarnya Saloth Sar ialah ahli revolusi, pengikut pemimpin komunis China, Mao Tse Tung (Maoist), bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Kemboja yang memimpin rejim Khmer Rouge dari 1963 hingga 1998. Walaupun hanya menjadi Perdana Menteri selama tiga tahun, dasar pemerintahan kuku besinya menyebabkan kematian 800,000 hingga tiga juta rakyat negara itu iaitu lebih 20 peratus populasi penduduk Kemboja, sama ada ketika menjadi buruh paksa di ladang-ladang yang dibukanya, akibat kebuluran atau dihukum mati.Sesiapa saja yang dirasakan menentang corak pemerintahannya, seisi keluarga akan menjadi mangsa dera dan disiksa tanpa rasa belas kasihan. Terdapat sepohon pokok yang dijadikan lokasi untuk menghayun bayi atau kanak kanak hingga mati dan kemudian terus dicampakkan ke dalam lubang.
MasyaAllah.... tatkala manusia rakus mengejar kuasa...hilang sudah rasa perikemanusiaan.Tengkorak mangsa berselerak di sekitar kawasan terbabit.
Antara mangsa kekejaman
kemanusiaan yang hilang
Ilustrasi yang menggambarkan salah satu bentuk siksaan
Manusia oh manusia......
Suatu perjalanan merentasi sempadan negara, mencari pengajaran dari sebuah pengalaman.
Lokasi: Kampung Chnang, Provek Pong, Cambodia.
...yang tak terlihat di negara kita
Rumah orang.....rumah kita?
Bumi yang tandus
Bagai langit dan bumi
sumber air bersih adalah sangat sukar
satu dari misi mereka adalah mendapatkan dana untuk membina pam air
membantu sekadar termampu
wajah saudara seagama
pewaris agama....mampukah mereka
sayu...
pilu...
semuga membesar dalam perlindunganMu Ya Rabb
Semuga anak sulung En Has ini akan lebih bersyukur dan menghargai nikmat kehidupan.
(Kemudian kamu pasti akan disoal pada hari itu tentang segala kenikmatan - At Takathur 8)
Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang menghulur sumbangan, biar sedikit tetap menjadi saham kita di akhirat kelak. Wallahua'lam.