Kita tak pernah kenal tapi
kenapa aku sedih yang teramat sangat
Aku screenshort gambar-gambarnya yang aku jumpa di laman sosial
cantiknya..
Ramai orang yang cantik tapi
dia bukan sekadar cantik
terlalu cantik ....
dilengkapi pula oleh akhlak dan peribadinya yang cantik
antara bukti akhlak yang cantik
pemergian yang diratapi rakan-rakan
juga adik beradik
ramai yang mengandaikan syurgalah tempat selayaknya
aku juga tak mampu menafikan walau pun syurga itu rahsia Allah
rasa tenang melihat wajahnya
aku baca berita tentangnya berulang kali
antara status yang diupload di fb nya
benar sungguh status fb melambangkan peribadi seseorang
muhasabahlah diri kita
iktibar buat kita
dekatnya dia dengan Allah
semuanya ke arah kebaikan
hanya yang baik-baik sahaja di upload ke fb
status terakhirnya di fb, lambang husnul khotimah...memuji Allah swt.... bulan Januari 2015. Kesimpulannya dia bukan kaki fb, jauh sekali untuk meroyan di laman sosial. Muhasabah diri...apakah status terakhir kita di laman sosial. Tidak takutkah kita jika status terakhir kita adalah tulisan-tulisan yang tidak memberi manafaat kepada seorang ummah pun.
Semuga anak muda menjadikan insan ini inspirasi untuk menjadi ummah yang baik
kita tak mengenali, apa lagi untuk berjumpa...tapi kenapa aku menangis
sekadar renungan buat yang mahu mengambil iktibar
antara luahan rasa adiknya
juga luahan rasa rakan-rakan
sehingga terjadinya tragedi itu
sesungguhnya dunia ini hanya pinjaman
hilangnya aset berharga...
hancurlah impian banyak pihak...ibu bapa, adik beradik, bakal suami juga negara
tabahnya Dr Wan Mohd Ikwan
hanya tinggal kenangan
rehatlah dengan tenang...setenang wajahmu
betapa berat mata memandang...
berat lagi bahu yang memikul
selamat jalan ke dunia yang abadi
Kata-kata akhir kepada ibunya " syurga itu sangat mahal mak"
Mampukah kita menyebut-nyebut syurga ketika nyawa sedang menunju titik akhir?
Allah swt lebih mengetahui rahsia dan hikmah tragedi pilu ini.
Semuga Allah melimpahkan rahmat buat keluarga ini terutamanya ibu bapanya yang pasti menanggung kepedihan yang tidak terhingga. Amin Ya Rabb.