10.30 pm - Haneda International Airport
Alhamdulillah... dengan rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah akhirnya kami dapat menjejakkan kaki ke bumi Jepun pada 1.12.2016 -7.12.2016. Sebagai seorang yang taraf hidupnya biasa-biasa, negara Jepun tidak pernah termasuk dalam list mimpi aku. Namun Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang mendengar bisikan hati ketika menghantar Nunun ke airport pada 19.3.2016 yang lalu, tak sampai setahun Nunun belajar di Jepun, kami telah datang menyusul. NikmatMu yang mana lagi yang nak kudustakan.
Oleh kerana dah hampir dua tahun baru aku nak upload, catatan &gambar aku hanya buat random-random sahaja, kerana aku pun dah tak berapa mengingati satu persatu apa yang kami buat, kemana kami pergi ketika trip tersebut. Asalkan aku dapat catat sebagai kenangan pun cukuplah, dah lebih baik daripada tak catat langsung.
Sepanjang seminggu kami tinggal di homestay. Tengok ni tandas pun boleh buat aku rasa gayat hiks
Sampai homestay dah lebih 11.00 pm, masak nasi dulu berlaukkan KFC bawak dari M'sia dan sambal garing Che Nor). Dah makan boboi tidur keletihan lah tu.
Day 2: Perjalanan dari homestay ke station keretapi
Someone please bring me here...again. Iye cakap.
Daun maple berguguran
Pagi-pagi dah keluar, nak tengok Shibaura Institute. Pengalaman menaiki train di Japan. Waktu train tiba sangat sharp. Orang Jepun tak ada kereta pun tak apa sebab public transport sangat efficient. Aktiviti dalam train hanyalah tido/hand phone/membaca. Tido macam mana pun sampai station yang dituju tau pulak bangun.
Jalan kaki ke universiti boleh tahan jauh, boleh lepak-lepak jap.
Ada orang baik hati ambikkan gambar
Depan universiti
Boboi depan uni
Pemandangan sepanjang jalan ke universiti
Sebab hari Jumaat, ambik peluang ke masjid terbesar di Tokyo
Sampai dah masjid selepas menapak beberapa minit
Tokyo Cami - diuruskan oleh muslim Turki
Saudara sesama Muslim, Alhamdulillah
Ruang untuk muslimat
Makan selapas solat Jumaat, Alhamdulillah save bajjet makan tengahari.
muka boboi
Day 3