Friday, April 10, 2020

CHALO! INDIA


8- 14 Dec 2019 kami travel ke India. Kenapa India, ramai tak minat kan, tapi En Has berminat sangat nak ke India. Tetapi agak malang bagi kami kerana itinerary ke Kashmir di ganti dengan Shimla disebabkan ketegangan di Kashmir. Walau pun Shimla juga kawasan pergunungan, pastinya tidak sama dengan wilayah Kashmir yang terkenal dengan gelaran Little Switzerland itu. Shimla adalah bandaraya terbesar di wilayah Himachal Pradesh.


Kami sampai di airport Indira Gandhi jam 9.00 malam, waktu India dan Malaysia berbeza 2 jam 30 minit. Bertolak jam 7.00 waktu Malaysia dan perjalanan mengambil masa 4 jam 30 minit.
Sampai air port terus naik bas ke hotel. Keluar sahaja dari air port baru rasa sejuk, ingatkan India ni panas sokmo, rupa-rupanya waktu malam boleh tahan sejuk.
Hari ke dua, pepagi pukul 6.00 dah gerak ke stesyen keretapi untuk ke Chandigarh. Perjalanan ke stesyen keretapi amatlah menyesakkan, kenderaan sangat padat, bau udara sekitar pulak sangat 'harum'. Mata kena tengok bawah selalu sebab takut terpijak tet...

Sampai Chandigarh jam 12.00 tgh, makan di Jama Restaurant, memang purelah kari ayamnya, lima bintang!
Sambung perjalanan ke Shimla naik coaster pulak. Perjalanan menaiki lereng gunung yang berliku-liku sangatlah lama & memenatkan, bukan macam pi Cameron Highlands dik non. Memang menghairankan tengok kat lereng gunung banyak penempatan penduduk. Sampai hotel hanya ada 15 minit untuk solat jamak Zohor & Asar. Sukar nak jumpa masjid sepanjang jalan kerana 95% penduduk Shimla adalah beragama Hindu. Kalau ada masjid pun mungkin tak perasan atau tak rupa masjid kut. 
Sebelah malamnya pula keluar ke Lakar Bazar yang menjadi tempat wajib jika pelancong datang ke Shimla. Kedai-kedai yang terletak di lereng gunung, memang memenatkanlah nak jalan satu persatu. Tapi memang murahlah nak compare kat sini. Banyak jual pakaian & peralatan winter sebab musim sejuk. Muka orang kat sini bukan macam India dah, dah macam orang Tibet.
Hari ke tiga, naik kawasan pergunungan lagi iaitu Kufri. Pengalaman yang amat serik kerana terpaksa naik kuda untuk sampai ke atas. Kenapa semua orang tak takut eh, aku sorang je yang takut. Aku nak tinggal sorang kat bawah, En Has marah. Masa naik kuda tu, aku pegang je bahu budak penjaga kuda tu sepanjang jalan. Kesian kan, dah lah termengah-mengah naik gunung, ada pulak orang menambah beban dia.
 Sampai di atas rupa-rupanya ada banyak gerai menjual pakaian, tak ingat apa yang aku beli. Tu kat belakang ada yak, boleh naik tapi ada bayaranlah.
Turun dari Kufri pergi ke Narkanda, kawasan ni bersalji, tak ramai sangat orang datang.
Tandas pun tak ada, surau jauhlah sekali
Malam tak ada apa aktiviti, memang penat sangat dah. Jarak dari Delhi ke Shimla 344 km. Dari Shimla ke Kufri 15 km dan dari Kufri ke Narkanda 48 km, jalan bergunung ganang, bengkang bengkok, selekoh tajam semua jumpa, bukan jalan lurus, serik gila. Memang tak rekomen lah kat sapa-sapa.
Hari ke empat, bertolak balik ke Delhi. Sampai Chandigarh makan kat restoran sama, kemudian singgah di masjid Jama.
Di Chandigarh kami pergi ke Rock Garden, memang unik sebab bahan-bahan terbuang dibentuk menjadi patung-patung. 

Besar sungguh taman ni, masuk lorong keluar lorong tak habis-habis jugak.


Sementara menunggu keretapi nak ke Delhi, kami dibawa ke mall yang canggih Ellante Mall. Bukan boleh sembarangan masuk, kena lepas security check dulu. 

Ni kat depan mall.

Bertolak ke Delhi dengan keretapi, ada disediakan makanan tapi aku tak berapa nak lalu. Sampai hotel dah malam, memang tak ada makananlah.
Hari ke lima, bertolak ke Agra. Perjalanan ke Agra memang selesa sebab melalui highway Sampai juga kami ke tempat yang menjadi idaman jutaan manusia iaitu Taj Mahal. Sayangnya tak berapa lama selepas sampai di Taj Mahal, hujan pun turun dengan lebat, tak dapat lah ambil gambar banyak sangat.

Nak sampai Taj Mahal kena naik buggy, Aid pulak bawak power bank tak boleh bawak masuk pulak. Terpaksa buat muka kesian tinggalkan kat salah sebuah kedai di luar Taj Mahal. Dia kata free tapi mahu nya free. Masa nak balik nak mintak power bank tu beli lah satu cenderamata buat budi bahasa. Dia kata satu 250 Rp, bayar ajelah sebab dah terhutang budi. 


Malamnya pergi kedai sebelah hotel, cenderamata yang sama hanya Rp 50. Kan dah kena...


Hari terakhir - India Gate. Macam-macam ada, servis korek telinga pun boleh.


Sebelum ke air port kami di bawa ke Babu Market tapi kami tunggu di luar aje, seram sungguh orang ramai berasak-asak. Aid pulak bawak kamera. En Has nak beli kacang, layan je lah walau pun rasa macam tak berapa nak bersih.

Indira Ghandi International Airport.
Pengalaman menjejak bumi India menyebabkan aku bersyukur ditakdirkan menjadi orang Malaysia. Banyak perkara yang tak terjangkau dek akal fikiran ketika berada di sana. Semuga Allah swt melindungi saudara seagama kita di sana terutama di Kashmir. 



Sunday, April 5, 2020

Turki - Unforgettable Journey

20 Dec 2018, tercapailah hajat kami nak menjejak bumi bekas kerajaan Uthmaniyah yang gemilang suatu ketika dulu. 

Kami menaiki pesawat Turkish Airlines jam 11.30 malam (waktu Malaysia)

Seperti biasa, mestilah bawak budak manja ni.
Masa perjalanan sangatlah panjang, antara 10 - 11 jam. Beza waktu adalah 5 jam, kami bertolak jam 6.30 petang (waktu Turki) dan sampai jam lebih kurang jam 5.30 pagi, solat suboh di air port. Orang sangatlah ramai, rasa macam pi umrah pulak.
Keluar dari air port barulah perasan sejuk ya amat. Kami dibawa naik bas ke Bursa.