Thursday, May 16, 2013

Selamat Pagi 'Cekgu'

Khamis 16 Mei 2013 - liputan menyeluruh tak menyeluruh sambutan Hari Guru SMK Lubok China
Sibuk-sibuk kat Dataran Bestari
Selamat pagi 'cekgu' boss
Wordless Thursday
Acara rutin
Agenda wajib... makan
Makan...
Makan....  o o o

Penaja sarapan pagi kita... TQ
Tahun ni tak ada persembahan silap mata, tapi 'silau mata' mungkin ada... fokus kat tudung ye...
Jejaka idaman Malaya

Semua pakai baju baru warni warna
Namun ada juga yang berbangga dengan baju siaran ulangan (baju raya hari guru tahun lepas), siap belek-belek lagi
Eh baju siaran ulangan jugak
Lagi peminat  baju siaran ulangan...patriotik sungguh!
Menang cabutan bertuah pulak...menjeleskan betul!
Jejaka Melayu terakhir
Riaknya dapat beg....
Tinggi sungguh semangat kesukanan dak Sumi, pakai baju sukan dari pagi sampai balik
Dilanda fenomena nur kasih 
Saiful Nang to be...
Anak-anak tekun mewarna
Penuh konfiden boleh menang...
Teacher lawan dengan boss, teacher kalah!
Genit vs Comei
Bangganya dapat bunga dari GKMP
Hadiah untuk guru.... Alhamdulillah.
Bunga untuk team T&V sahaja....hadiah dari GKMP - tqvm
Guru-guru pelatih yang sporting

Banyak sungguh acara dan persembahan, semuanya terbaik dari ladang, cuma tak rajin nak ambik gambar... congratulations kepada semua yang berkenaan.

Majlis diakhiri dengan ...makan...makan...makan

Sekian.

Yang baik datangnya dari Allah swt, yang buruk datangnya dari syaitonirrajim.

Pesanan penaja: Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

Saturday, May 4, 2013

5 Mei 2013


Ya Allah ya Tuhanku, Ampunilah daku. Aku manusia lemah ya Allah. Bantulah daku dalam membuat pilihan ini. Gerakkanlah hati ku agar memilih yang terbaik di sisiMu. Pilihan yang mengangkat agamaMu, yang mendekatkan kami kepadaMu dan yang akan mempertemukan kami di syurga Mu.

Friday, March 8, 2013

MEMORI KEMBOJA


Macam aku pulak yang pergi.... nak tunggu Amer update blog entah bila, jadi biarlah maknya yang buat catatan bagi pihak anaknya.

Alhamdulillah setelah berbulan-bulan bertungkus lumus untuk  menjayakan Misi Kemanusiaan Kemboja, akhirnya Amer dan teamnya berjaya merealisasikan projek yang telah mereka rancang sekian lama. Aku memang memberi sokongan penuh walau pun aku tahu pemergian Amer akan 'merabakkan' poketku dan En Has.  Kerana misi itu juga aku menebalkan muka meminta sumbangan rakan-rakan terdekat, satu perkara yang tak pernah aku buat sepanjang hidup aku di muka bumi ini.


Sesiapa yang ke Kemboja pasti akan melawat Killing Fields di daerah Chong Ekk yang terletak kira kira 15 kilometer dari Bandar Phnom Penh iaitu kawasan yang menjadi lokasi penderaan Rejim Pol Pot.


Siapa Pol Pot? Pol Pot atau nama sebenarnya Saloth Sar ialah ahli revolusi, pengikut pemimpin komunis China, Mao Tse Tung (Maoist), bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Kemboja yang memimpin rejim Khmer Rouge dari 1963 hingga 1998. Walaupun hanya menjadi Perdana Menteri selama tiga tahun, dasar pemerintahan kuku besinya menyebabkan kematian 800,000 hingga tiga juta rakyat negara itu iaitu lebih 20 peratus populasi penduduk Kemboja, sama ada ketika menjadi buruh paksa di ladang-ladang yang dibukanya, akibat kebuluran atau dihukum mati.Sesiapa saja yang dirasakan menentang corak pemerintahannya, seisi keluarga akan menjadi mangsa dera dan disiksa tanpa rasa belas kasihan. Terdapat sepohon pokok yang dijadikan lokasi untuk menghayun bayi atau kanak kanak hingga mati dan kemudian terus dicampakkan ke dalam lubang.


MasyaAllah.... tatkala manusia rakus mengejar kuasa...hilang sudah rasa perikemanusiaan.Tengkorak mangsa berselerak di sekitar kawasan terbabit.



Antara mangsa kekejaman


kemanusiaan yang hilang

Ilustrasi yang menggambarkan salah satu bentuk siksaan

Kini terdapat sebuah muzium yang mengimbas sejarah ringkas mengenai kejadian yang meragut ribuan nyawa yang tidak berdosa di samping tayangan dokumentari kekejaman zaman Rejim Pol Pot.
Manusia oh manusia......


Suatu perjalanan merentasi sempadan negara, mencari pengajaran dari sebuah pengalaman.
Lokasi: Kampung Chnang, Provek Pong, Cambodia.


 ...yang tak terlihat di negara kita



Rumah orang.....rumah kita?



Rumahku syurgaku

Bumi yang tandus
"Kemewahan' orang vs kemewahan kita

Bagai langit dan bumi

sumber air bersih adalah sangat sukar

satu dari misi mereka adalah mendapatkan dana untuk membina pam air



membantu sekadar termampu



wajah saudara seagama



pewaris agama....mampukah mereka 


sayu...


pilu...


semuga membesar dalam perlindunganMu Ya Rabb

golongan minoriti yang nasibnya tidak terbela, hanya rahmat dan kasih sayang Allah swt yang mengiringi hidup kalian



Semuga anak sulung En Has ini akan lebih bersyukur dan menghargai nikmat kehidupan.

(Kemudian kamu pasti akan disoal pada hari itu tentang segala kenikmatan - At Takathur 8)

Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang menghulur sumbangan, biar sedikit tetap menjadi saham kita di akhirat kelak. Wallahua'lam.

Thursday, January 24, 2013

Sayangkah aku kepada Rasulullah?


Tidak perlu untuk menilai diri orang lain, cukup dengan menilai diri kita sendiri. Maulidur Rasul kali ini, mari bersama kita menilai dan muhasabah diri kita, adakah kita benar-benar menyayangi baginda Rasulullah SAW ataupun hanya sekadar ucapan di bibir.
Jawapan biasa daripada mulut manusia , Ya, Aku sayang Rasulullah, Aku cinta Rasulullah, tapi adakah amalan aku cukup untuk membuktikan aku seperti apa yang mulut aku ucapkan.
Senarai semak di bawah mungkin boleh membantu sejauh mana kita menyayangi Rasulullah SAW
  • Penyabar
  • Tidak sombong
  • Tawaduk dan tenang
  • Tidak terganggu dengan urusan dunia
  • Berani, adil dan menjaga diri.
  • Sangat pemalu 
  • Mengasihi umat dan menyayangi ahli keluarga dan sahabat.
  • Suka menunaikan pelawaan hamba sahaya dan orang merdeka
  • Tidak pernah menyetuh wanita yang bukan hambanya atau muhrimnya.
  • Pemurah, suka bersedekah.
  • Makanannya hanyalah tamar dan syair, selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah
  • Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
  • Lebih mengutamakan orang lain daripada diri sendiri.
  • Tidak pernah meminta pertolongan orang-orang musrik
  • Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab
  • Membalas hadiah yang diterima.
  • Tidak memakan harta sedekah.
  • Makan tanpa bersandar dan tanpa meja
  • Berhenti makan sebelum kenyang
  • Beradab ketika makan.
  • Suka berpuasa
  • Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
  • Menyukai kebersihan dan bau-bauan
  • Menyukai jubah bulu/syamlah
  • Berkenderaan kaldai dan unta
  • Mengunjungi orang susah dan sakit
  • Memuliakan orang-orang berakhlak
  • Pembela golongan lemah dan wanita
  • Memuliakan tetamu dan jiran tetangga
  • Suka menasihati dan member tunjuk ajar
  • Berbuat baik dengan golongan bangsawan
  • Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
  • Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
  • Tidak berdendam, Tidak memutuskan silaturrahim
  • Tidak memukul kecuali bertujuan di atas jalan Allah SWT
  • Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
  • Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran
  • Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk dan menganiaya
  • Menghindari memfitnah, mengumpat, hasad dengki dan tamak haloba.
  • Fasih/merdu bacaan Al-Qur’an
  • Kuat ibadatnya, berilmu/arif, banyak bertaubat dan syukurnya 
  • Berdiam diri dengan perkara yang tidak disukai.
'Rasulullah menangis memikirkan siapa yang akan menjaga umatnya apabila baginda tiada di dunia ini' Mulianya dirimu Ya Rasullullah dan hinanya diriku yang mengaku cintakanmu.