Friday, November 27, 2015
CATATAN UMRAH
Gambar: Throwback 2010
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Lima tahun lalu sebelum berangkat pulang, aku menyimpan niat untuk datang kembali selepas 5 tahun. Sudah semestinya aku berharap dan berdoa untuk membawa bersama ke enam-enam anak kami bersama menunaikan umrah.
Doaku untuk datang kembali selepas lima tahun hampir dimakbulkan Allah, hanya menunggu hari dan keizinan Allah. Namun sedih tetap ada kerana hasrat untuk membawa Amer, Akak, Nunun dan Aliah belum kesampaian. Selain kekangan kewangan, situasi mereka yang sedang belajar di universiti tidak memungkinkan kami membawa mereka.
Semuga ada rezeki mereka untuk sampai ke sana suatu hari nanti.
اللهُمَّ اِسْتَجِبْ لِي
Untuk Amer, Akak, Nunun dan Liah:
Allah will answer to prayers in three ways
He say yes and give it to you
He say no and give you better
He say wait and give you the best
Persiapan terakhir
Saturday, September 12, 2015
Tragedi Makkah 2015
MAKKAH : Tragedi kren tumbang di Masjidilharam pada 11 hb Sept 2015 jam 5 petang Jumaat, waktu Arab Saudi merupakan insiden malang yang berlaku pada musim haji tahun ini. Angin kencang menjadi punca kren besar terbalik dan menghempap sebahagian kawasan Masjidil Haram yang meragut sekurang-kurangnya 107 nyawa, menjelang bermulanya musim haji tahun ini.
Innalillah wainna ilaihi roji'un.
Sesungguhnya kesusahan di dunia sementara ini hanya secebis berbanding kesusahan di akhirat yang berkekalan.
So much hints.... forgive us Ya Rabb
Wednesday, May 13, 2015
NOR ARTIKAH ALIAS - KEMATIAN YANG MENGHIDUPKAN -
Kita tak pernah kenal tapi
kenapa aku sedih yang teramat sangat
Aku screenshort gambar-gambarnya yang aku jumpa di laman sosial
cantiknya..
Ramai orang yang cantik tapi
dia bukan sekadar cantik
terlalu cantik ....
dilengkapi pula oleh akhlak dan peribadinya yang cantik
antara bukti akhlak yang cantik
pemergian yang diratapi rakan-rakan
juga adik beradik
ramai yang mengandaikan syurgalah tempat selayaknya
aku juga tak mampu menafikan walau pun syurga itu rahsia Allah
rasa tenang melihat wajahnya
aku baca berita tentangnya berulang kali
antara status yang diupload di fb nya
benar sungguh status fb melambangkan peribadi seseorang
muhasabahlah diri kita
iktibar buat kita
dekatnya dia dengan Allah
semuanya ke arah kebaikan
hanya yang baik-baik sahaja di upload ke fb
status terakhirnya di fb, lambang husnul khotimah...memuji Allah swt.... bulan Januari 2015. Kesimpulannya dia bukan kaki fb, jauh sekali untuk meroyan di laman sosial. Muhasabah diri...apakah status terakhir kita di laman sosial. Tidak takutkah kita jika status terakhir kita adalah tulisan-tulisan yang tidak memberi manafaat kepada seorang ummah pun.
Semuga anak muda menjadikan insan ini inspirasi untuk menjadi ummah yang baik
kita tak mengenali, apa lagi untuk berjumpa...tapi kenapa aku menangis
sekadar renungan buat yang mahu mengambil iktibar
antara luahan rasa adiknya
juga luahan rasa rakan-rakan
sehingga terjadinya tragedi itu
sesungguhnya dunia ini hanya pinjaman
hilangnya aset berharga...
hancurlah impian banyak pihak...ibu bapa, adik beradik, bakal suami juga negara
tabahnya Dr Wan Mohd Ikwan
hanya tinggal kenangan
rehatlah dengan tenang...setenang wajahmu
betapa berat mata memandang...
berat lagi bahu yang memikul
selamat jalan ke dunia yang abadi
Kata-kata akhir kepada ibunya " syurga itu sangat mahal mak"
Mampukah kita menyebut-nyebut syurga ketika nyawa sedang menunju titik akhir?
Allah swt lebih mengetahui rahsia dan hikmah tragedi pilu ini.
Semuga Allah melimpahkan rahmat buat keluarga ini terutamanya ibu bapanya yang pasti menanggung kepedihan yang tidak terhingga. Amin Ya Rabb.
Sunday, February 15, 2015
Perginya seorang murabbi
12 02 2015 9.45 malam
"Sesungguhnya Allah tidak mencabut
ilmu dari hambanya tetapi mencabut ilmu dengan mencabut para ulamak.
Sehingga ketika Allah tidak menyisakan satu ulamak, maka manusia
mengangkat pemimpin-pemimpin bodoh mereka ditanya kemudian memberi fatwa tanpa
ilmu, maka mereka sesat dan menyesatkan" HR al-Bukhari No 100
" bukan mudah untukku berbicara
pasti ada yang terluka
meski bicaraku ini bukan untuk menuding
sesiapa
namun demi ummah
aku pedulikan kata nista
demi agama
aku redah lautan gelora
kerana aku yakin
DIA akan mengadiliku di sana" -
petikan buku " Bicara Ini Demi Ilahi"
Pergimu membawa segunung ilmu....Selamat pulang menemui Pencipta... dunia
ini pun mungkin tidak lagi sesuai buatmu kerana penuh fitnah dan dusta. Al
Fatihah
Tuesday, May 13, 2014
Tips Bahagia Dalam Pekerjaan
Kekal bahagia di tempat kerja:
- berfikiran positif dengan niat bekerja adalah ibadah
- simpan isu peribadi untuk diri sendiri
- cipta keseronokan dengan barangan ringkas seperti bunga, gambar dan wangian
- utamakan silaturrahim
- elak 'politik pejabat' dengan menjauhkan diri dari mereka yang suka bercerita tentang rakan sekerja
- beri ganjaran untuk diri sendiri, jangan mengharap ganjaran manusia
Sumber : Solusi Isu 66
- berfikiran positif dengan niat bekerja adalah ibadah
- simpan isu peribadi untuk diri sendiri
- cipta keseronokan dengan barangan ringkas seperti bunga, gambar dan wangian
- utamakan silaturrahim
- elak 'politik pejabat' dengan menjauhkan diri dari mereka yang suka bercerita tentang rakan sekerja
- beri ganjaran untuk diri sendiri, jangan mengharap ganjaran manusia
Sumber : Solusi Isu 66
Tuesday, April 1, 2014
Pray for MH370 & MESIR
CAIRO – Sebuah mahkamah di Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong Presiden yang digulingkan, Mohamed Mursi selepas perbicaraan secara massa, kata sumber perundangan.
Penyokong Mursi berdepan dengan tindakan keras untuk menghancurkan sokongan mereka oleh kerajaan yang dibentuk tentera sejak Julai lalu.
Ratusan penyokong telah dibunuh manakala ribuan lagi ditahan.
Daripada 529 yang dijatuhi hukuman mati itu, 153 orang berada dalam tahanan manakala selebihnya melarikan diri, jelas sumber.
Keputusan hukuman mati itu tidak boleh dirayu. (AFP) - MYNEWSHUB
Ahli keluarga penyokong Mursi yang dijatuhi hukuman mati menangis mengenang nasib yang menimpa mereka.
Thursday, March 6, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)














































.jpg)



