Sunday, January 1, 2012

2012 yang tiada beza kalau...


Tahun 2012 tetap sama seperti 2011 selagi cara kita berfikir sama seperti 2011, 2010, 2009, 2008............  

"Tak perlu tunggu tahun baru untuk buat perubahan. Kita boleh ubah diri kita bila-bila masa dalam masa satu saat dengan membuat pilihan yang betul setiap saat. Orang yang inginkan kehidupan berbeza tetapi tabiat tetap sama ibarat menunggu kucing bertanduk. Banyak orang tertipu yang mengharapkan dunia luar berubah untuk mengubah kehidupan hidup mereka tanpa menyedari diri mereka harus berubah untuk hidup mereka berubah. Ubah diri sendiri untuk mengubah kehidupan mulai esok 1 Jan 2012" 
- petikan dari fb Prof Muhaya

Tuesday, December 27, 2011

Kejayaan bukan sebuah destinasi tetapi sebuah perjalanan

Trip yang ditunggu tiba jua masanya, lebih bermakna  tanpa dirancang ianya sehari selepas meraikan kejayaan Aliah mendapat 9A dalam PMR 2011.
Perjalanan jauh perlu dirancang rapi, mak tak suka kelam kabut tau. Ayah pesan tepat  jam 2.00 pm tayar bergolek, everyone must get ready.
Doa sangat penting dalam kehidupan:
Dengan memohon pertolongan Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Maha Suci Allah yang menganugerahi kami kemampuan memanfaatkan (kendaraan) ini, sedang kami sendiri (tanpa pertolonganNya) tidak mampu menguasainya. Sesungguhnya hanya kepada Tuhan kita, kita pasti akan kembali. Ya Allah, kami bermohon kepada-Mu, anugerahilah kami dalam perjalanan ini, kebajikan dan ketaqwaan, serta usaha yang Engkau redhai Ya Allah, mudahkanlah perjalanan ini bagi kami dan perpendeklah jaraknya. Ya Allah, Engkaulah teman dalam perjalanan, dan Engkau pula Pelindung bagi keluarga. Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari kesulitan perjalanan, kesuraman pandangan, serta bencana menyangkut harta dan keluarga.

bila demuk dah kata mak lapar.... berhentilah dulu,  pekena mi sup. lokasi : Hentian Rehat Paloh Hinai
Singgah lagi bila Aid kata nak piss.Minum air ais banyak-banyak...Lokasi: Lebuh raya Jabor

Alhamdulilah, selepas lebih kurang 9 jam selamat sampai ke destinasi... Teluk Ketapang. Tak terfikir nak duduk homestay, tapi bila hotel yang nak di book penuh ada orang cadangkan duduk homestay. Memang sesuai dan ada hikmahnya, dekat UMT dan keropok lekor paling top Tok Beng
Dapat juga Amer rasa ayam panggang dari Melaka
sebelah homestay ada rumah misteri.... saja nak suspencekan budak-budak ni
Pagi-pagi dah bawak Aid ke pantai Teluk Ketapang, yang lain....sambung zzzzzzz. Gambar hiasan : Mr Has, Aid jurufoto
Ni bukan macam kat rumah, jam 9.00 pagi mesti ready, nak jalan-jalan, Berhenti jap, ambil gambar. Belakang homestay je.
Siapa yang tak ikut Amer mendaftar dulu, bolehlah posing depan ni.
Nak juga menyelit....

Selalu nampak dari jauh aje, hari ni bolehlah posing depan masjid kristal ni
Boss and madam pun nak bergambar jugak
Lokasi: Pantai Batu Burok. Tak best macam dulu, bisinglah orang main motor cross.
Menikmati makan malam dan  meraikan Aliah. Nah hamik kau... tak larat nak habiskan sampai bawak balik rumah.
Kat sini pun ada I-City, ni dataran Shah Bandar, memandai aje kau kata I-City

Menunggu giliran sampai untuk beli keropok lekor Bukit Tok Beng yang hit. Thank you untuk seorang anak muda yang beri no gilirannya sebab ada urusan lain. Kalau tidak rasanya kirim salam aje lah, ini pun tunggu 1 jam setengah.
dak demuk dah buat muka boring tunggu lama sangat

Nak balik singgah lagi Batu Burok sebab dak demuk kata tak puas lagi main pasir (ladies in black bergambar kenangan).
Singgah lagi masjid Tengku Zaharah




3 little girls
 sempat tempah gelang, camni bila nak sampai rumah.
untung kau kuda, ada orang ambik gambar


Pasar payang 'jem' sebab ada Festival Hijrah
Singgah di sempadan Trg Pahang beli keropok kering, kedai ni dipilih semata-mata kerana sama nama dengan my habibi


 Alhamdulillah, perjalanan berakhir lebih kurang jam 3.30 pagi. Syukur kepadaMu ya Rabb yang melindungi dan merahmati perjalanan kami. Malunya aku kerana amalan yang tidak setimpal dengan kasih sayang dan rahmat yang telah Kau beri.
 
*Indah bila kita menghayati nikmat keselesaan yg Allah anugerahkan, ianya lebih indah bila ianya disertai dengan kesyukuran yang berpanjangan kepada Maha Pemberi, Allah SWT

Monday, December 5, 2011

Tak ingin bahagia?

Sesiapa yang tak ingin bahagia, empat sahaja syaratnya:
i. mengeluh
ii. merungut
iii.menyesal
iv. mengumpat

Friday, December 2, 2011

Cuci Mata

Surah Ar Rahman ayat 37 maksudnya: Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;

Sunday, November 27, 2011

1433H

Setahun lagi telah berlalu , masa terasa begitu pendek. Banyak azam dan cita-cita tercapai, banyak juga yang tercicir dan tidak kesampaian. Semuga Allah permudahkan untuk hari-hari seterusnya dan memberi kekuatan menolak walau sekecil-kecil kemungkaran. Selamat tinggal segala keburukan, selamat datang segala kebaikan. .

Saturday, November 26, 2011

Selamat Tahun Baru Hijrah 1433

Hijrah dari alam kejahilan kpd alam keilmuan 

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka. 

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
-
Sumber: http://syedas.wordpress.com



Thursday, November 24, 2011

Kita golongan mana?

Golongan 1- Golongan jatuh kafir

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat Islam yang tak sembahyang, malah ramai juga yang tak tahu sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2- Golongan dosa dan derhaka

fOrang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Tak belajar sembahyang secara rasmi atau tak rasmi. Golongan ini hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala. 

Golongan 3- Golongan Fasik

Orang yang mengerjakan sembahyang, dan tahu ilmu sembahyang, tetapi tidak boleh melawan nafsu terhadap tarikan dunia. Mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4- Golongan Lalai

Orang yang sembahyang tetapi tak khusyuk dan lafaznya banyak yang tak difahami, fikirannya tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang tetapi  fikirannya mengembara dalam dunia. Orang ini lalai dalam sembahyang dan ganjarannya adalah neraka.

Golongan 5- Golongan awamul muslimin

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia. 

Golongan 6- Golongan Lemah (Mujahadah)

Golongan ini main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa.

Golongan 7- Golongan orang-orang soleh

Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya.

Golongan 8-  Golongan Muqarrabin

Golongan dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit.

Golongan 9- golongan “As-Siddiqin”

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan Tuhannya.