Perjalanan Rasulullah saw dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa ditemani malaikat Jibrail dan Israfil dinamakan Israk manakala perjalanan Rasulullah saw naik ke Sidratul Muntaha bertemu Allah swt ditemani malaikat Jibrail dinamakan Mikraj. Ianya berlaku pada 27 Rejab tahun ke-11 selepas kenabian Baginda dan merupakan dua misi perjalanan hebat sebagai anugerah kemuliaan dan mukjizat kepada Baginda.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
No comments:
Post a Comment