Tuesday, May 28, 2013

LABBAIKALLAH...

Masa pantas berlalu, Rejab semakin melabuhkan tirai, Syaaban sedia menunggu. Apabila tiba Ramadhan bermakna  musim Haji semakin menghampiri. Bagi yang sudah tiba giliran tahun 2013 ini, bersyukurlah dengan rahmat Allah swt yang tidak terhingga di saat ratusan ribu yang sedang menunggu giliran dengan penuh pengharapan.Gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya untuk dekat kepadaNya bukan hanya ketika Haji tetapi sebelum dan selepas mengerjakannya.

 Ada yang telah terbuka hati tetapi belum ada rezeki menjadi tetamuNya. Bagi yang telah mebuat rayuan, teruskan solat hajat/solat malam,berdoalah kepadaNya agar impian terlaksana. Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik buat kita,jangan putus asa, teruskan amalan kunci kejayaan ini : usaha, doa dan tawakkal.

Perjalanan Haji kini jauh lebih mudah dan selesa, aku selalu terbayang bagaimana arwah atuk dan nenek mengerjakan haji tahun 60 an dulu, sayu mengenangkannya, betapa bersyukurnya kita tapi hairan juga masih ada yang tak puas hati... begitulah jika tidak cukup persiapan mental dan fizikal...terserlahlah sifat buruk yang memang telah sebati dalam diri. Bukan nak membanding haji dulu dan sekarang tetapi sekurang-kurangnya untuk mengujudkan rasa insaf dan syukur terhadap nikmat Allah swt. Bila ada rasa syukur, mudah-mudahan kita mampu membuang/mengawal sifat negatif yang memang telah sekian lama berkubang dalam diri.

WUQUF
dulu...buat khemah sendiri merata-rata
sekarang...khemah didirikan secara teratur

MELONTAR JAMRAH
dulu... tertumpu di satu lokasi sahaja, tdak berbumbung, jemaah tidak terlalu ramai
sekarang...besar, moden, lengkap dengan tandas, eskelator,jemaah pula berjuta-juta

BERCUKUR
dulu... tepi-tepi jalan
sekarang...ada deretan kedai di luar Masjidil Haram

KORBAN
dulu... urus dan cari sendiri haiwan
sekarang... bayar sahaja kepada wakil seperti wakil Tabung Haji

SAIE

dulu... di luar, tak berbumbung
sekarang.. selesa, luas, berbumbung

PERJALANAN
dulu... naik kapal 3 bulan pergi, 3 bulan balik  (Malaysia)
sekarang... 8 jam dah sampai. Bersyukur dan malulah kita dengan Rasulullah saw insan mulia yang menempuh perjalanan penuh rintangan selama lapan hari untuk mengerjakan haji.

KAABAH
dulu... kawasan sekitar berbukit bukau, banyak rumah/bangunan
sekarang...pembesaran Masjidil Haram... bukit,rumah dan bangunan hanya tinggal kenangan

Yang sama hanyalah perasaan RINDU : dulu... rindu, sekarang... juga rindu

Ramai yang meluahkan rindu... tetapi sejauh mana rindu diterjemahkan dalam kehidupan seharian... jawapannya hanya boleh dijawab oleh diri kita sendiri. Aku sendiri malu nak mengakui sejauh mana kehidupan aku dizahirkan sebagai seorang yang pernah menunaikan Haji. Aku tidak risaukan penilaian orang tapi amat risau bagaimana penilaian Allah swt terhadap aku.

Buat bakal jemaah, jagalah perkataan dan tingkah laku, gantungkan pangkat dan ego  di pintu pagar rumah sebelum melangkah ke Kelana Jaya. Aku jarang bercerita tentang pengalaman Haji, yang baik aku jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan (tak sanggup nak menceritakannya) tapi aku lihat sendiri orang yang ego/terasa diri lebih pandai. Kasihan mereka, bukankah pengalaman Haji terutama di Arafah dan Mina adalah gambaran kita di padang Mahsyar kelak, malah ianya lebih dahsyat lagi.

Buanglah sifat cerewet, suka mencari kesilapan orang lain dan bersyukurlah dengan apa yang kita nikmati. Bandingkan dengan backpackers dari negara lain.
di mana mereka tidur... bagaimana mereka makan...sanggupkah kita.
Janganlah kita merungut dengan perkara remeh temeh seperti soal makanan, terasa malulah dengan Allah swt. Apabila berlaku sesuatu yang tidak kita sukai, ingatlah matlamat kita hanya satu... kita datang semata-mata kerana Allah.

Bagi yang mampu, bolehlah mengerjakan umrah walau sekerap mana pun. 
Tapi ingatlah sabda  Nabi saw 'di akhir zaman nanti ada empat golongan yang pergi ke Mekah iaitu yang kaya pergi melancong, yang biasa untuk berniaga, yang terpelajar untuk kemasyuran dan yang miskin untuk minta sedekah'. Semuga kita tidak termasuk di kalangan golongan itu.

Sumber gambar : encik google

Thursday, May 16, 2013

Selamat Pagi 'Cekgu'

Khamis 16 Mei 2013 - liputan menyeluruh tak menyeluruh sambutan Hari Guru SMK Lubok China
Sibuk-sibuk kat Dataran Bestari
Selamat pagi 'cekgu' boss
Wordless Thursday
Acara rutin
Agenda wajib... makan
Makan...
Makan....  o o o

Penaja sarapan pagi kita... TQ
Tahun ni tak ada persembahan silap mata, tapi 'silau mata' mungkin ada... fokus kat tudung ye...
Jejaka idaman Malaya

Semua pakai baju baru warni warna
Namun ada juga yang berbangga dengan baju siaran ulangan (baju raya hari guru tahun lepas), siap belek-belek lagi
Eh baju siaran ulangan jugak
Lagi peminat  baju siaran ulangan...patriotik sungguh!
Menang cabutan bertuah pulak...menjeleskan betul!
Jejaka Melayu terakhir
Riaknya dapat beg....
Tinggi sungguh semangat kesukanan dak Sumi, pakai baju sukan dari pagi sampai balik
Dilanda fenomena nur kasih 
Saiful Nang to be...
Anak-anak tekun mewarna
Penuh konfiden boleh menang...
Teacher lawan dengan boss, teacher kalah!
Genit vs Comei
Bangganya dapat bunga dari GKMP
Hadiah untuk guru.... Alhamdulillah.
Bunga untuk team T&V sahaja....hadiah dari GKMP - tqvm
Guru-guru pelatih yang sporting

Banyak sungguh acara dan persembahan, semuanya terbaik dari ladang, cuma tak rajin nak ambik gambar... congratulations kepada semua yang berkenaan.

Majlis diakhiri dengan ...makan...makan...makan

Sekian.

Yang baik datangnya dari Allah swt, yang buruk datangnya dari syaitonirrajim.

Pesanan penaja: Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

Saturday, May 4, 2013

5 Mei 2013


Ya Allah ya Tuhanku, Ampunilah daku. Aku manusia lemah ya Allah. Bantulah daku dalam membuat pilihan ini. Gerakkanlah hati ku agar memilih yang terbaik di sisiMu. Pilihan yang mengangkat agamaMu, yang mendekatkan kami kepadaMu dan yang akan mempertemukan kami di syurga Mu.