Ada yang telah terbuka hati tetapi belum ada rezeki menjadi tetamuNya. Bagi yang telah mebuat rayuan, teruskan solat hajat/solat malam,berdoalah kepadaNya agar impian terlaksana. Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik buat kita,jangan putus asa, teruskan amalan kunci kejayaan ini : usaha, doa dan tawakkal.
Perjalanan Haji kini jauh lebih mudah dan selesa, aku selalu terbayang bagaimana arwah atuk dan nenek mengerjakan haji tahun 60 an dulu, sayu mengenangkannya, betapa bersyukurnya kita tapi hairan juga masih ada yang tak puas hati... begitulah jika tidak cukup persiapan mental dan fizikal...terserlahlah sifat buruk yang memang telah sebati dalam diri. Bukan nak membanding haji dulu dan sekarang tetapi sekurang-kurangnya untuk mengujudkan rasa insaf dan syukur terhadap nikmat Allah swt. Bila ada rasa syukur, mudah-mudahan kita mampu membuang/mengawal sifat negatif yang memang telah sekian lama berkubang dalam diri.
WUQUF
dulu...buat khemah sendiri merata-rata
sekarang...khemah didirikan secara teratur
MELONTAR JAMRAH
dulu... tertumpu di satu lokasi sahaja, tdak berbumbung, jemaah tidak terlalu ramai
sekarang...besar, moden, lengkap dengan tandas, eskelator,jemaah pula berjuta-juta
BERCUKUR
dulu... tepi-tepi jalan
sekarang...ada deretan kedai di luar Masjidil Haram
KORBAN
dulu... urus dan cari sendiri haiwan
sekarang... bayar sahaja kepada wakil seperti wakil Tabung Haji
SAIE
sekarang.. selesa, luas, berbumbung
PERJALANAN
dulu... naik kapal 3 bulan pergi, 3 bulan balik (Malaysia)
sekarang... 8 jam dah sampai. Bersyukur dan malulah kita dengan Rasulullah saw insan mulia yang menempuh perjalanan penuh rintangan selama lapan hari untuk mengerjakan haji.
KAABAH
dulu... kawasan sekitar berbukit bukau, banyak rumah/bangunan
sekarang...pembesaran Masjidil Haram... bukit,rumah dan bangunan hanya tinggal kenangan
Yang sama hanyalah perasaan RINDU : dulu... rindu, sekarang... juga rindu
Ramai yang meluahkan rindu... tetapi sejauh mana rindu diterjemahkan dalam kehidupan seharian... jawapannya hanya boleh dijawab oleh diri kita sendiri. Aku sendiri malu nak mengakui sejauh mana kehidupan aku dizahirkan sebagai seorang yang pernah menunaikan Haji. Aku tidak risaukan penilaian orang tapi amat risau bagaimana penilaian Allah swt terhadap aku.
Buat bakal jemaah, jagalah perkataan dan tingkah laku, gantungkan pangkat dan ego di pintu pagar rumah sebelum melangkah ke Kelana Jaya. Aku jarang bercerita tentang pengalaman Haji, yang baik aku jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan (tak sanggup nak menceritakannya) tapi aku lihat sendiri orang yang ego/terasa diri lebih pandai. Kasihan mereka, bukankah pengalaman Haji terutama di Arafah dan Mina adalah gambaran kita di padang Mahsyar kelak, malah ianya lebih dahsyat lagi.
Buanglah sifat cerewet, suka mencari kesilapan orang lain dan bersyukurlah dengan apa yang kita nikmati. Bandingkan dengan backpackers dari negara lain.
di mana mereka tidur... bagaimana mereka makan...sanggupkah kita.
Janganlah kita merungut dengan perkara remeh temeh seperti soal makanan, terasa malulah dengan Allah swt. Apabila berlaku sesuatu yang tidak kita sukai, ingatlah matlamat kita hanya satu... kita datang semata-mata kerana Allah.
Bagi yang mampu, bolehlah mengerjakan umrah walau sekerap mana pun.
Tapi ingatlah sabda Nabi saw 'di akhir zaman nanti ada empat golongan yang pergi ke Mekah iaitu yang kaya pergi melancong, yang biasa untuk berniaga, yang terpelajar untuk kemasyuran dan yang miskin untuk minta sedekah'. Semuga kita tidak termasuk di kalangan golongan itu.
Sumber gambar : encik google
No comments:
Post a Comment