Monday, October 24, 2011

Selamat datang Bulan Zulhijjah Penuh Berkat

Banyak hadis yang menceritakan mengenai kelebihan bulan Zulhijjah antaranya, daripada Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar bahawa Baginda SAW bersabda: “Tiada satu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).”
Untuk mencapai kelebihan pada bulan ini, umat Islam dianjur melakukan pelbagai amalan antaranya:
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan.
2. Berpuasa pada hari berkenaan atau sekadar kemampuan terutamanya pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Puasa pada hari Arafah ini aku mengira Allah SWT akan mengampunkan dosa setahun lalu dan setahun yang akan datang.” (Riwayat Muslim)
3. Memperbanyakkan takbir dan berzikir.
4. Bertaubat dengan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah.
5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya.
6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadat haji, disunatkan bertakbir bermula dari waktu Subuh hari raya dan berakhir sehingga waktu Asar pada hari 13 Zulhijjah.
7. Disyariatkan amalan korban iaitu menyembelih haiwan ternakan pada hari raya haji dan hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).

Friday, September 16, 2011

AURAT

Kalau ada orang berkata pakaian tak melambangkan hati usahlah percaya kerana

1.AURAT Tidak Akan Tertutup Dengan Perangai Baik. 
2. AURAT Tidak Akan Tertutup Dengan Sikap Lemah Lembut. 
3. AURAT Tidak Akan Tertutup Dengan Kata-Kata Yang Manis. 
4. AURAT Hanya Akan Tertutup Dengan Pakaian Yang Sempurna.

PELIHARALAH AURAT KERANA ALLAH.

Saturday, September 10, 2011

Doa anak pandai belajar

Ertinya " Maka Kami beri Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (daripada mereka berdua) Kami berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami tundukkan gunung-ganang dan burung-burung memuji Kami bersama-sama dengan Daud. Kami sememangnya berkuasa melakukan semua ini."
(Anbiya ayat 79)

Thursday, September 8, 2011

Salam Syawal

تقبل الله منا ومنكم.
Para sahabat Rasulullah S.A.W. ketika bertemu pada hari raya, mereka akan mengucapkan "Taqobbalallahu minna waminkum" yang bermaksud "Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian."
Marilah kita saling bermaaf-maafan antara satu sama lain. Teruskanlah amalan-amalan yang telah dilakukan di bulan Ramdhan, pada bulan-bulan yang lain.

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan

Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadis bahawa dengan puasa kita belajar mengendalikan hawa nafsu serta mengendalikan syaitan yang menipu dan menjebak kita. Pada waktu kita puasa, kita membelenggu syaitan, membuka pintu surga dan menutup pintu neraka.Kita belajar menahan syaitan supaya tidak masuk ke dalam tubuh kita. Salah satu pintu masuk syaitan ke dalam tubuh kita adalah melalui makan dan minum. Kita tutup pintu-pintu itu pada waktu siang hari. Kita melemahkan syaitan; membuatnya tak berdaya. Puasa adalah latihan mengendalikan hawa nafsu.

 Penemuan dan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya. Konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini.


Ya Allah aku mohon keampunan Mu. Jika ada salah silap ku, ampunilah daku. Semoga Ramadhan ini yang terbaik berbanding dengan yang terdahulu.

Saturday, July 23, 2011

Tiga Masa Yang Paling Berharga Dalam Bulan Ramadhan

1- Selepas Solat Subuh.
Semasa matahari terbit adalah waktu Allah SWT membahagi-bahagikan rezeki dan Allah SWT menunggu permintaan setiap hamba-hambaNya. Allah SWT amat menbenci hambaNya yang tidur diwaktu ini.

2-Sebelum Berbuka Puasa.
Waktu yang paling berharga disaat semua manusia menyediakan juadah untuk berbuka. 3 Waktu Allah SWT tidak menolak permintaan doa mereka iaitu :
*-Doa mereka yang berpuasa.
*-Doa orang yang dizalimi.
*- Doa orang yang sedang musafir di Jalan Allah SWT.
Oleh yang demikian gunalah saat yang emas ini untuk berdoa kepada Allah SWT.

3- Semasa Bersahur dan Saat selepas Azan Subuh.
Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud ” Allah SWT sentiasa mendampingi mereka yang bersahur “. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa menunggu pujian-pujian daripada hambaNya.

Sunday, July 17, 2011

MALAM NISFU SYAABAN

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda.. : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni