Pergh...siap juga jahit manik kat baju ni. Teringat pepatah sehari selembar benang lama-lama menjadi kain. Begitu jugaklah dengan manik ni, entah dah berapa minggu. Ingat nak touch up sikit-sikit lagi tapi tak payahlah, dah pakai pun masa jamuan akhir tahun kat Bayu (PD). Cuti ni banyak projek manik menanti, sedang cari idea baru untuk projek hujung tahun. Alhamdulillah...di mana ada kemahuan di situ ada jalan. First time tengok kawan jahit manik, masa tu rasa impossible nak buat kerja-kerja tu...tapi akhirnya dah terhasil beberapa koleksi jahitan manik malah ambil upah lagi...unsangkarable.
Sunday, November 29, 2009
MANIK OH MANIK

Sunday, November 22, 2009
NIKMAT MASA
Adakah "NikmatMasa" dianugerahkan kepada setiap orang?. Jawapannya sudah tentu tidak. Setiap orang dikurniakan masa yang sama - 24 jam sehari tetapi berapa ramai yang mengeluh tidak cukup masa.Tak ada masa nak buat tu, tak ada masa nak buat ni....Syukur kepada Allah aku dikurniakan nikmat masa kerana dalam kesibukan tugas harian, aku masih dapat melakukan aktiviti lain seperti menjahit baju (termasuk manik sekali), melayari internet adakalanya leka sampai berjam-jam, masak (ini wajib kerana anak-anak mesti dibesarkan dengan air tangan ibu,kalau dibesarkan dengan air tangan tukang masak kedai atau bibik....sendiri mahu ingatla...). Bagi yang merasakan dirinya sering tidak ada masa, renung-renungkanlah. Kalau orang lain ada masa, mengapa kita tidak sedangkan Allah beri kita sama 24 jam, tidak lebih tidak kurang.Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa membuat sesuatu yang berfaedah.Ingatlah duit tidak boleh membeli masa. Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam.Stop.
Wednesday, November 11, 2009
SEBAB-SEBAB.......
Syukur Alhamdullah, di saat ke'bizi'an yang terlampau kerana asakan kerja-kerja penghujung tahun, blog ini akhirnya dapat juga direalisasikan setelah tertangguh entah berapa kali.Mengapa terpanggil untuk mengujudkan blok sedangkan sebelum ini tak berminat pun...Sebelum ini kalau on line hanyalah untuk melunaskan kerja-kerja sebagai Setiausaha Peperiksaan SPM sekolah atau membeli belah di 'kedai'favourite ( topik membeli belah on line akan menyusul kemudian). Ada beberapa sebab/tujuan....
i. Menggilap kembali bakat menulis yang telah lama terbiar dan terpendam.(Perasan ada bakat menulis sebab masa sekolah karangan BM selalu dapat markah tertinggi. Sayanglah kalau bakat dibiar terendam dan berkubur.
ii. Dapat memberi/berkongsi pandangan tentang sesuatu isu/topik.
iii. Boleh juga sebagai diary untuk mencatat sesuatu kejadian penting dalam kehidupan. Setiap tahun baru dapat diary free, rajin tulis buat sehari dua,selepas tu mula jadi buku rojak.
iv. Meluahkan isi hati - contohnya perasaan sedih apabila melihat gambar dua beradik yang kehilangan ibu akibat kes ragut.Hiba melihat wajah dua orang anaknya menunggu di luar bilik mayat.
v. Tidak mahu ketinggalan di arus perdana. Ya la orang ada blog kita pun ada juga walau tak sehebat mana sekurang-kurangnya tak la rasa ketinggalan zaman sangat.
vi.Tidak dapat menikmati kemajuan ICT di zaman persekolahan/remaja dulu....so masa dah tua ni cover lah balik.

Subscribe to:
Posts (Atom)