Syukur Alhamdullah, di saat ke'bizi'an yang terlampau kerana asakan kerja-kerja penghujung tahun, blog ini akhirnya dapat juga direalisasikan setelah tertangguh entah berapa kali.Mengapa terpanggil untuk mengujudkan blok sedangkan sebelum ini tak berminat pun...Sebelum ini kalau on line hanyalah untuk melunaskan kerja-kerja sebagai Setiausaha Peperiksaan SPM sekolah atau membeli belah di 'kedai'favourite ( topik membeli belah on line akan menyusul kemudian). Ada beberapa sebab/tujuan....
i. Menggilap kembali bakat menulis yang telah lama terbiar dan terpendam.(Perasan ada bakat menulis sebab masa sekolah karangan BM selalu dapat markah tertinggi. Sayanglah kalau bakat dibiar terendam dan berkubur.
ii. Dapat memberi/berkongsi pandangan tentang sesuatu isu/topik.
iii. Boleh juga sebagai diary untuk mencatat sesuatu kejadian penting dalam kehidupan. Setiap tahun baru dapat diary free, rajin tulis buat sehari dua,selepas tu mula jadi buku rojak.
iv. Meluahkan isi hati - contohnya perasaan sedih apabila melihat gambar dua beradik yang kehilangan ibu akibat kes ragut.Hiba melihat wajah dua orang anaknya menunggu di luar bilik mayat.
v. Tidak mahu ketinggalan di arus perdana. Ya la orang ada blog kita pun ada juga walau tak sehebat mana sekurang-kurangnya tak la rasa ketinggalan zaman sangat.
vi.Tidak dapat menikmati kemajuan ICT di zaman persekolahan/remaja dulu....so masa dah tua ni cover lah balik.
No comments:
Post a Comment