Sunday, November 22, 2009
NIKMAT MASA
Adakah "NikmatMasa" dianugerahkan kepada setiap orang?. Jawapannya sudah tentu tidak. Setiap orang dikurniakan masa yang sama - 24 jam sehari tetapi berapa ramai yang mengeluh tidak cukup masa.Tak ada masa nak buat tu, tak ada masa nak buat ni....Syukur kepada Allah aku dikurniakan nikmat masa kerana dalam kesibukan tugas harian, aku masih dapat melakukan aktiviti lain seperti menjahit baju (termasuk manik sekali), melayari internet adakalanya leka sampai berjam-jam, masak (ini wajib kerana anak-anak mesti dibesarkan dengan air tangan ibu,kalau dibesarkan dengan air tangan tukang masak kedai atau bibik....sendiri mahu ingatla...). Bagi yang merasakan dirinya sering tidak ada masa, renung-renungkanlah. Kalau orang lain ada masa, mengapa kita tidak sedangkan Allah beri kita sama 24 jam, tidak lebih tidak kurang.Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa membuat sesuatu yang berfaedah.Ingatlah duit tidak boleh membeli masa. Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam.Stop.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment