Sunday, January 16, 2011

SIMPAN SAHAJA RAHSIA ITU SAYANG

Dalam hidup ini ada perkara yang lebih elok tak tahu daripada tahu. Bagi saya tak suka ambil tahu siapa yang membenci/mengutuk saya. Sama keadaanya jika saya mendengar seseorang mengutuk/mengumpat seseorang yang lain, biarkan sahaja seperti angin berlalu atau simpan sahaja dalam lipatan ingatan. Bagi saya, lebih baik saya tidak tahu kerana dengan begitu mungkin kalau saya terserempak dengannya saya pasti boleh melemparkan senyuman semanis madu padanya bila-bila masa.Saya boleh berbaik dengannya macam biasa kerana dalam jiwa saya tak suka permusuhan. Saya adalah seorang yang mudah menyayangi orang. Saya takut 'ter'beri senyuman se'manis' hempedu kalau saya kenal siapa yang membenci saya itu kerana saya hanyalah manusia biasa yang punya perasaan sayu, sedih dan tersinggung. Jadi saya amat mengharapkan tiada rakan-rakan sekeliling yang cuba menyampaikan sesuatu yang tidak suka saya dengar. Saya juga sedang belajar untuk tidak terlalu mengambil kira apa yang orang hendak cakap asalkan kita yakin melakukan perkara yang terbaik untuk diri sendiri dan tidak membelakangkan Qur'an dan Sunnah. Don't let anyone destroy our dreams.

Doa mohon perlindungan dari fitnah
" Wahai Tuhan pemelihara kami, janganlah jadikan kami sebagai fitnah bagi kaum yang zalim"

No comments:

Post a Comment