Cerita ceriti 1
Kontroversi novel Interlok tulisan Sasterawan Negara Y Bhg Datuk Abdullah Hussain (ditulis 40 tahun yang lalu) berakhir dengan keputusan membuat pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif. Adakah penulisnya (yang kini kurang sihat) bersetuju dan tidak terluka dengan keputusan ini. Setengah orang berpendapat karya itu tidak dibaca sepenuhnya lalu terus membuat kesimpulan ianya menyinggung sensitiviti sesuatu kaum. Ada juga yang berpendapat jika dirasakan tidak sesuai, batalkan saja penggunaan novel itu. NUTP menyifatkan situasi ini sebagai 'menang-menang' kepada semua pihak terbabit. Apa pun keadaannya, hakikatnya kini apabila menyentuh soal kaum dan agama, kita selalu menjadi golongan yang 'loser'. Baru sahaja kita terluka dengan pertikaian laungan azan. Masih belum terlupa insiden menyimbah cat di sebuah surau yang dianggap selesai dengan hanya permohonan maaf. Begitulah apabila kaduk sudah naik junjung!. Tapi kita masih tidur lena, yang muda sibuk dengan 3 K... kapel, khalwat, kantoi, yang tua rumah tangga berantakan...generasi terbiar tanpa arah tujuan.
My view : gantikan sahaja dengan buku lain, memandai-mandai meminda karya seorang sasterawan negara
Cerita ceriti 2
Kementerian Pelajaran akan menarik balik 400 000 buku teks English Year 1 kerana kesalahan tatabahasa, kosa kata dan struktur ayat dengan kerugian ditanggung RM 8.20 X 400 000 = ?. Kesilapan itu gagal dikesan oleh tiga penulis dan empat editor yang terbabit dalam penghasilan buku tersebut. Alasan diberi adalah kesilapan manusia dan tiada sebarang tindakan akan diambil. Betuahnya badan... kalau cikgu buat silap, bukan main lagi dikritik.... aduhai.

My view: suruh mereka buat surat tunjuk sebab, mana boleh main 'deleted' aje
(*antara kesilapan yang dikenalpasti 'pick the mug' sepatutnya ditulis 'pick up the mug)
(*antara kesilapan yang dikenalpasti 'pick the mug' sepatutnya ditulis 'pick up the mug)
No comments:
Post a Comment