Friday, February 11, 2011
Cerita orang kaya & cerita orang miskin
Hebat sungguh... ada orang sanggup membayar plat MCA 1 dengan harga RM 300, 100 (rekod bidaan tertinggi negara) manakala MCA 2 bernilai RM 101, 000!. Orang ber'wang'(bukan beruang) rela membayar ratusan ribu ringgit hanya untuk plat kereta sementara ratusan ribu lagi orang miskin di seluruh Malaysia hidup bagai kais pagi belum tentu dapat makan pagi, kais petang belum tentu dapat makan petang!. Kalaulah sikaya sedar di Malaysia ni ada suami menghilangkan diri meninggalkan anak tanpa sesen nafkah, kalaulah sikaya sedar ada isteri lari mengikut lelaki lain kerana bosan dengan suami yang memanjang tak cukup duit, kalaulah sikaya tahu berapa ramai anak-anak yang bersedih tak dapat meneruskan persekolahan kerana tak cukup duit, kalaulah sikaya sedar ada anak kecil didera kerana tekanan hidup dan masalah kewangan, kalaulah....kalaulah ... dan seribu kalaulah lagi.... Tapi itulah beza antara orang kaya dan orang miskin. Kenaikan berterusan harga barang termasuk barang keperluan asas tidak menjadi kudis pun kepada golongan kaya tetapi ibarat barah yang amat dideritai oleh golongan miskin. Bagi kami syukur dan tetap berpuas hati kerana kereta ke tiga kami berplat MCA 2 _ _ _ dengan bayaran minimum RM 30-50, kalau ada yang lebih murah pasti kami memilih yang lebih murah, kwang kwang kwang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment