Wednesday, April 27, 2011

Rinduku Pada Baitullah

Alhamdulillah, hajat nak membaca buku di atas tercapai dengan segera kerana semalam (26/4) Ustazah Hamidah bersama rombongannya ke Pesta Buku. Seronoknya bila pagi-pagi lagi buku dah sampai ke tangan. Sekarang jam 3.43 pm, buku sudah selamat dibaca dari kulit ke kulit bermula jam 7.30 am tadi. Kebetulan kelas 3A ujian gerak gempur dan 3D pulak masih menyiapkan amali kerja kayu, dapatlah meluangkan masa membaca hampir setengah isi buku. Balik ke rumah sambung sehingga selesai. Mengapa tak sabar menghabiskannya.. sukar untuk dinyatakan dengan kata-kata. Tetapi manusia tidak semuanya sama, buku Travelog Haji yang kuberi pinjam rakan, sudah empat bulan masih tidak habis dibaca, tidak sampailah hajatku untuk menyebar/memanjangkan pada orang lain.

Tuesday, April 26, 2011

"REHAT"

· Majlis Penyampaian Hadiah Mock-Up 1 Tingkatan 5 (2011)

· Majlis Penyampaian Lencana Kecemerlangan Pelajar Elit SPM 2011.

· Majlis Anak Angkat

TARIKH:

22 APRIL 2011 (JUMAAT)

PENERIMA HADIAH

5 KAA

1. QANIA’AH BINTI AB JABBAR

2. MOHAMAD SYAFIQ HAZWAN

BIN HAZEMAN

3. HASRUL NAIM BIN HARUN

SENARAI PELAJAR SASARAN
CEMERLANG, KEPUTUSAN MOCK UP 1 & ANAK ANGKAT

1. HASRUL NAIM BIN HARUN (5 KAA)
-
TN. HJ. AB LAZIS BIN JAFFAR

Ayat di atas merupakan petikan sebahagian brosur program yang kami rancang dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar. Syukur kepada Mu Ya Allah kerana aku berjaya melaksanakannya pada hari Jumaat 22 April yang lalu. Pada mulanya aku bercadang untuk menetapkan tarikh 25 April (Isnin) kerana perhimpunan rasmi tetapi kerana tidak mahu menangguhkan kerja, hati ini berat untuk mengadakannya pada 22 April.

Allah swt yang lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui, sesampainya aku di sekolah pada pagi Isnin barulah aku mengetahui dua orang pelajar Tingkatan 5 terlibat dengan kemalangan dan meninggal dunia. Jauh di sudut hati aku rasa amat sayu kerana tiada sesiapa pun memberitahu kejadian itu sedangkan ramai rakan-rakan yang datang melawat namun kubuang perasaan itu jauh-jauh kerana tidak mahu melayan perasaan berjauh hati yang teramat sangat ini. Berbaik sangkalah kepada semua orang dan usahlah dilayan perasaan negatif yang tidak membawa apa-apa manfaat untuk diri sendiri.

Hasrul Naim dan Haziq, - "rehat" kalian telah sampai. Berehatlah dengan tenang. Waktu "rehat" kami juga akan sampai nanti. Buat ibu, ayah dan keluarga mereka, lepaskanlah rindu dengan bersolat tahajud, bermunajat dan memohon Allah mengampunkan dosa-dosanya. InsyaAllah Allah. Pasti kita semua bakal menemui Allah yang menciptakan langit dan bumi. Pasti kita menemui-Nya sendirian. Tiada apa yang akan dapat menolong lagi. Tiada hidup yang kekal abadi.

"Sesungguhnya dari Allah kami datang, kepada-Nya jua kami akan dikembalikan..

"Wahai tuhan, akan sampai waktunya barang yang dipinjamkan akan di ambil kembali oleh-Mu. Jadikanlah daku hamba-Mu yang sentiasa bersedia untuk memulangkan barang pinjaman dari-Mu itu. Jangan sampai aku tidak reda Ya Allah. Jangan sampai daku fikir ia milikku selamanya Ya Allah.

Dan kita pasti akan menangis jika mengetahui bila waktunya untuk Malaikat maut mengetuk pintu mengajak kita pulang.Semuga bertemu di Firdaus nanti.