- tidak mahu mensia-siakan amalan yang paling utama
- ingin diampuni dosa-dosa
- ingin hati yang lapang
- ingin menghilangkan rasa malas
- ingin mendapat berkat dan rahmat Allah swt
- supaya terhindar dari godaan syaitan
- mendekatkan diri kepada Allah
- menjauhkan diri daripada perkara keji dan mungkar
- ingin menghapuskan dosa kerana solat ibarat air yang meghilangkan kekotoran
- tidak mahu membiarkan hati tertutup
- tidak mahu terputus hubungan dengan Allah
- ingin menggapai tempat tinggal di syurga
- tidak mahu mensia-siakan keimanan
- ingin menjadi orang yang berjaya
- ingin menyelamatkan diri dari api neraka
- tidak mahu melakukan dosa besar kerana dosa tidak solat sama 'saiz'nya dengan dosa membunuh
- tidak mahu tergolong sebagai orang yang celaka kerana Allah telah memberi amaran "kecelakaan besar bagi orang yang melalaikan solat" - Al Ma'un 107
- ingin menghilangkan kesempitan di dada apabila ditimpa masalah
- tanda bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan nikmat yang tidak terhingga
- inginkan wajah yang bercahaya
- tanda aku selalu mengingatiNya
- mengharapkan perlindungan Allah setiap masa
- ingin tinggal bersama Rasulullah saw di syurga
- dapat melihat Allah kelak
- tidak mahu mati dalam su'ul khatimah (mati dalam keadaan buruk/dahsyat)
- tidak mahu menjadi orang yang rugi
- ingin mencari bekal akhirat sebanyak mungkin kerana solat adalah sebaik-baik bekal
- ingin kesihatan yang baik kerana gerakan dalam solat membantu peredaran darah dan sistem penghadaman
- takut akan siksaan Allah yang amat berat
- hidupku menjadi lebih teratur dan berdisiplin serta menghargai masa
- ingin meneladani Rasulullah saw dalam segala hal termasuklah solat
- solat merupakan jalan menuju keselamatan dunia dan akhirat
- ingin menjauhi sifat munafik
- tidak mahu diri dikuasai syaitan
- tidak mahu mengkhianati janjiku kepada Allah bahawa aku telah redha dengan Allah sebagai Tuhan Pemelihara dan Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad saw sebagai Nabi
Dengan 35 jawapan ini (masih ada lagi jawapan yang tak mampu kufikirkan), nikmat Tuhan yang mana lagi yang ingin kudustakan?
No comments:
Post a Comment