Tuesday, April 26, 2011

"REHAT"

· Majlis Penyampaian Hadiah Mock-Up 1 Tingkatan 5 (2011)

· Majlis Penyampaian Lencana Kecemerlangan Pelajar Elit SPM 2011.

· Majlis Anak Angkat

TARIKH:

22 APRIL 2011 (JUMAAT)

PENERIMA HADIAH

5 KAA

1. QANIA’AH BINTI AB JABBAR

2. MOHAMAD SYAFIQ HAZWAN

BIN HAZEMAN

3. HASRUL NAIM BIN HARUN

SENARAI PELAJAR SASARAN
CEMERLANG, KEPUTUSAN MOCK UP 1 & ANAK ANGKAT

1. HASRUL NAIM BIN HARUN (5 KAA)
-
TN. HJ. AB LAZIS BIN JAFFAR

Ayat di atas merupakan petikan sebahagian brosur program yang kami rancang dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar. Syukur kepada Mu Ya Allah kerana aku berjaya melaksanakannya pada hari Jumaat 22 April yang lalu. Pada mulanya aku bercadang untuk menetapkan tarikh 25 April (Isnin) kerana perhimpunan rasmi tetapi kerana tidak mahu menangguhkan kerja, hati ini berat untuk mengadakannya pada 22 April.

Allah swt yang lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui, sesampainya aku di sekolah pada pagi Isnin barulah aku mengetahui dua orang pelajar Tingkatan 5 terlibat dengan kemalangan dan meninggal dunia. Jauh di sudut hati aku rasa amat sayu kerana tiada sesiapa pun memberitahu kejadian itu sedangkan ramai rakan-rakan yang datang melawat namun kubuang perasaan itu jauh-jauh kerana tidak mahu melayan perasaan berjauh hati yang teramat sangat ini. Berbaik sangkalah kepada semua orang dan usahlah dilayan perasaan negatif yang tidak membawa apa-apa manfaat untuk diri sendiri.

Hasrul Naim dan Haziq, - "rehat" kalian telah sampai. Berehatlah dengan tenang. Waktu "rehat" kami juga akan sampai nanti. Buat ibu, ayah dan keluarga mereka, lepaskanlah rindu dengan bersolat tahajud, bermunajat dan memohon Allah mengampunkan dosa-dosanya. InsyaAllah Allah. Pasti kita semua bakal menemui Allah yang menciptakan langit dan bumi. Pasti kita menemui-Nya sendirian. Tiada apa yang akan dapat menolong lagi. Tiada hidup yang kekal abadi.

"Sesungguhnya dari Allah kami datang, kepada-Nya jua kami akan dikembalikan..

"Wahai tuhan, akan sampai waktunya barang yang dipinjamkan akan di ambil kembali oleh-Mu. Jadikanlah daku hamba-Mu yang sentiasa bersedia untuk memulangkan barang pinjaman dari-Mu itu. Jangan sampai aku tidak reda Ya Allah. Jangan sampai daku fikir ia milikku selamanya Ya Allah.

Dan kita pasti akan menangis jika mengetahui bila waktunya untuk Malaikat maut mengetuk pintu mengajak kita pulang.Semuga bertemu di Firdaus nanti.


1 comment:

  1. assalamualaikum cikgu .. pertama kali saya nak ucapkan terima kasih kepada cikgu kerana telah banyak membantu dan mencurahkan ilmu pada saya dan kawan-kawan saya. apabila saya terbaca post cikgu ini saya rasa terharu sangat bila terkenangkan kedua-dua arwah ini iaitu sahabat baik saya sendiri .. bila dikenangkan semula tarikh tersebut saya berasa terharu sangat. kejadian kemalangan tersebut terjadi selepas kami menyertao pertandingan pelancaran roket Al-khawarizmi bersama guru pengiring teacher hafzan. sebelum arwah pegi tinggalkan saya pada hari tersebut sebelum saya pulang ke asrama dan beliau pulang ke rumah . arwah sempat berkata pada saya . "BYE CAPANG, JUMPA LAGI NANTI KAT SANA" saya berasa pelik bila arwah ucapkan macam tu sebab arwah tidak pernah ucap selamat tinggal pada saya kalau dia nak balik .. sejurus 15 minit saya tiba di asrama selepas saya solat zohor saya digemparkan dengan kemalangan dua sahabat karib saya. saya terduduk seribu bahasa. saya tidak percaya sedikit pun dengan cerita orang sehingga lah saya pergi ketempat kejadian dimana saya lihat sekujur jasad yang telah dibaringkan di atas tilam dengan lumurah darah. saya ditenangkan oleh sahabat-sahabat saya yang lain . di mana masa tu saya rasa sungguh tidak percaya dengan kejadian itu dan saya hilang semangat untuk teruskan pejuangan kami. dan saya teringat janji kami .. kami berjanji untuk belajar sama-sama hingga ke USIM.. sampai satu tahap saya rasa putus semangat dan tidak mahu teruskan untuk belajar kerana saya hilang seorang sahabat. sehinggalah seorang guru yang saya ingat dan saya sayang sampai sekarang membakar semangat saya untuk teruskan belajar dan capai hasrat arwah.. syukur ke hadrat illahi walaupun saya tidak mampu untuk ke peringkat yang lebih tinggi tetapi alhamdulillah saya masih sambung belajar dan teruskan perjuangan kami. saya harap cerita saya ini boleh dijadikan pembakar semua pelajar untuk bersaing dengan kawan-kawan yang lain dengan saingan hebat .. pemergian seseorang itu juga bukan satu penghalang untuk teruskan hidup. tetapi satu pembakar semangat untuk mencapai hasrat setiakawan itu.. terima kasih cikgu . tolong sampaikan salam saya pada semua guru-guru di SMKLC yang mengenali saya ye cikgu.. terima kasih dan selamat meneruskan bakti untuk mencurah ilmu .. TERIMA KASIH CIKGU

    ReplyDelete