Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan

Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadis bahawa dengan puasa kita belajar mengendalikan hawa nafsu serta mengendalikan syaitan yang menipu dan menjebak kita. Pada waktu kita puasa, kita membelenggu syaitan, membuka pintu surga dan menutup pintu neraka.Kita belajar menahan syaitan supaya tidak masuk ke dalam tubuh kita. Salah satu pintu masuk syaitan ke dalam tubuh kita adalah melalui makan dan minum. Kita tutup pintu-pintu itu pada waktu siang hari. Kita melemahkan syaitan; membuatnya tak berdaya. Puasa adalah latihan mengendalikan hawa nafsu.

 Penemuan dan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya. Konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini.


Ya Allah aku mohon keampunan Mu. Jika ada salah silap ku, ampunilah daku. Semoga Ramadhan ini yang terbaik berbanding dengan yang terdahulu.

Saturday, July 23, 2011

Tiga Masa Yang Paling Berharga Dalam Bulan Ramadhan

1- Selepas Solat Subuh.
Semasa matahari terbit adalah waktu Allah SWT membahagi-bahagikan rezeki dan Allah SWT menunggu permintaan setiap hamba-hambaNya. Allah SWT amat menbenci hambaNya yang tidur diwaktu ini.

2-Sebelum Berbuka Puasa.
Waktu yang paling berharga disaat semua manusia menyediakan juadah untuk berbuka. 3 Waktu Allah SWT tidak menolak permintaan doa mereka iaitu :
*-Doa mereka yang berpuasa.
*-Doa orang yang dizalimi.
*- Doa orang yang sedang musafir di Jalan Allah SWT.
Oleh yang demikian gunalah saat yang emas ini untuk berdoa kepada Allah SWT.

3- Semasa Bersahur dan Saat selepas Azan Subuh.
Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud ” Allah SWT sentiasa mendampingi mereka yang bersahur “. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa menunggu pujian-pujian daripada hambaNya.

Sunday, July 17, 2011

MALAM NISFU SYAABAN

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda.. : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni

Tuesday, July 12, 2011

NikmatMu yang mana lagi hendak kudustakan

Peristiwa pagi Sabtu (9hb Julai) masih terngiang-ngiang dalam ingatan. Tanpa sebarang isyarat/amaran hari yang biasa menjadi luar biasa bagiku . Ketika sibuk membuat persiapan kenduri arwah abah di rumah mak, aku tergelincir ketika keluar bilik air, tanpa dapat berpaut pada sebarang benda pun, bunyi yang kuat adalah kepalaku yang terhantuk pada simen penjuru pintu. Terasa bagai kepala pecah dengan berlumuran darah, tetapi dengan perlindungan Allah swt aku dapat bangun semula dengan ingatan yang normal. Ketika itu keyakinanku terhadap doa yang sering kupohon agar Allah memelihara dan melindungi diriku, suami dan anak-anak sepanjang masa. Terima kasih Ya Allah Kau masih izinkan aku hidup bersama suami dan anak-anak tanpa sebarang mala petaka. Aku sedar peristiwa yang tidak diduga itu boleh meranapkan kebahagiaan kami sekeluarga jika Kau tidak memelihara dan melindungi aku. Aku sedar peristiwa itu menyebabkan ter'tarik' sedikit nikmat sihatku, memang terasa agak sakit-sakit sedikit bahagian tertentu badan tapi aku reda.
 'Musibah itu adalah kifarah dosa walau hanya tertusuk duri.'
Syukur dan terima kasih Ya Allah, nikmatMu yang mana lagi yang ingin kudustakan?

Wednesday, July 6, 2011

Doa menghadapi peperiksaan

DOA-DOA UNTUK PELAJAR CEMERLANG, INSYA ALLAH
1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji pelajaran) :

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.

2) Doa selepas mengulangkaji pelajaran :

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”.

3) Doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan :
وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.

4) Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan :

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa”.

5) Doa memohon kejayaan cemerlang :

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”.

6) Doa ketika menerima kertas soalan :

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

7) Doa ketika sukar untuk menjawab soalan :

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتغِيْثُ
“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

Tuesday, July 5, 2011

Sudah masuk bulan Sya'ban

Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).