“Ya Allah, ampunkanlah dosanya dan limpahkan rahmat-Mu ke atasnya.”
Ahad 04.11.2012 menziarahi bapa mertua Anor yang meninggal dunia pada malam 03.12.2012 setelah hampir dua tahun mengidap kanser kelenjar. Walau hanya bapa mertua kepada adik aku, pilu dan menitis jua air mata kerana sejak Anor berkahwin sering juga aku berjumpa dan beberapa kali menghadiri majlis kenduri di rumahnya. Aruah memang baik orangnya dan elok tutur kata.
Anor pulak baru 5 hari bersalin dan kehadiranku rasanya sangat bererti sebagai pengganti Anor dan dapat juga aku memberi sumbangan terakhir dengan Al Fatihah dan surah Yassin. Semuga Pak Cik Zakaria sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah swt.
23.10.2012 yang lalu sahabatku Saridah kehilangan suami tercinta, lebih memilukan beliau terpaksa terbang ke Labuan untuk menuntut jenazah suami. Pastinya beliau melalui episod duka dan sukar dari saat menerima berita kematian sehinggalah aruah selamat dikebumikan.
Buat sahabatku mengadu dan bergantunglah sepenuhnya kepada Allah swt, hanya Dia yang mengetahui dan memahami kesedihan di hati dan hanya Dia yang mampu mengubat segala pilu di jiwa.
"Firman Allah SWT yang bermaksud "setiap jiwa itu akan merasai mati..”
(Surah Al-Imran, ayat 185). Rasulullah SAW juga telah mengingatkan
kepada umatnya agar sentiasa mengingati mati dalam sabdanya yang
bermaksud, “Perbanyakkanlah memperingati perkara yang memutuskan kenikmatan dunia (mati).”
“Innaalillaahi wa innaa ilaihi ro ji'uun”, seperti firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 156)
No comments:
Post a Comment