Thursday, November 22, 2012

Akan berjayakah 'boikot' ?

Buka FB sekarang ni kebanyakan orang newsfeed nya pasal Gaza... macam-macam pesen, ada gambar real, gambar lukisan, doa-doa, no akaun bank, macam-macam lagilah. Apa pun cara semuanya bertujuan untuk menyatakan rasa marah terhadap satu bangsa yang sombong dan hina tu.
Kempen boikot Yahudi yang suam sejuk kini panas kembali. Tapi seperti kelazimannya boikot memboikot ni  tak akan hangat selamanya kerana setiap yang hangat akan menjadi suam dan setiap yang suam akan menjadi sejuk membeku kui kui. Apa sebabnya... sebab tak ikut cara Rasulullah saw. Baginda memboikot Yahudi dengan cara menyatupadukan umat Islam terlebih dahulu. Kita.... bersatu ke tidak? Bacalah kisah dalam buku BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW  sub topik Hijrah ke kota Madinah, kalau rajin bacalah kandungan Piagam Madinah sampai habis, ada banyak 'fasal' yang menyebut tentang Yahudi. Tapi buku ni 'mahal' RM 65... ramai orang menyebut cintakan Rasululullah saw, rindukan Masjid Nabawi tapi nak beli buku ni... alamak mahal, beli pun tak ada masa nak baca.
Masa boikot tengah hot, bergantunganlah banner sana sini tapi yang kelakarnya tukang gantung banner dialah orang pertama beratur nak dapat bege telur mekdi percuma keh keh
Yang sebar macam-macam doa tu, check dulu solat 5 waktu kita sempurna ke tidak, lagi baik kalau dapat kurangkan tidur untuk bangun solat malam kerana ketika itu Allah akan turun ke langit dunia untuk melihat siapa yang sedang memohon pertolongan. Mudah-mudahan berkat doa abang adik kakak semua akan dimakbulkan Allah swt


1 comment:

  1. isu nie panas sekejap pastu sejuk kemudian timbul balik...

    ReplyDelete