Wahai sahabatku, Allah Taala suka mendengar doa dari hambanya. Sehingga hamba itu rasa jemu untuk meneruskan doanya, sedangkan Allah belum jemu mendengar doa
hambaNya. Lantaran itu janganlah engkau jemu untuk memohon doa
kepada Tuhanmu, kerana doa adalah kerendahan diri hamba terhadap Allah.
Wahai sahabatku, bilamana kamu berdoa, berdoalah dari dalam lubuk hatimu. Jangan sesekali kamu hanya
sekadar menyebut dengan lidah tanpa keinginan yang kuat dari lubuk hatimu. Jangan engkau berdoa dengan meletakkan tanganmu di atas pahamu, Angkatlah tangan mu sebaik mungkin, dan sedarilah engkau memohon kepada
Tuhanmu, bukan kepada makhluk.
Wahai sahabatku, Allah Taala malu untuk menolak permintaan hambaNya. Lantaran itu semua doa akan diterimaNya. Terkadang Allah beri apa yang kamu mohon,
terkadang Allah ganti dengan yang lain yang kamu terlupa memohonnya, dan terkadang Allah gantikan dengan pengampunan dosa-dosamu, dan terkadang Allah jadikan doa itu untuk mengangkat darjatmu selepas matimu.
Wahai sahabatku, janganlah engkau menjadi hamba Allah yang sombong yang tidak memohon kepada Allah selepas solatmu. Tadahlah tanganmu mohonlah kebaikan duniamu dan keredhaan Allah di akhiratmu.
Wahai sahabatku, manusia akan merayu-rayu kepada Allah di akhirat nanti dengan pelbagai rayuan dan tangisan. Tetapi kamu harus merayu dan menangis sekarang terhadap kesalahan dan dosamu. Kerana tangisan dan rayuan sekarang didengari oleh Allah, sedang tangisan dan rayuan akhirat tidak lagi dipeduli.
Wahai sahabatku, Jangan engkau putus asa bilamana doamu tidak
kamu perolehi, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak
ketahui. Teruskan doa tersebut tanpa jemu dan buruk sangka terhadap Allah. Allah mendengar
doamu, Hanya terkadang Dia tidak menunaikan terus permintaanMu
kerana Ia gembira mendengar permintaanMu, dan aku khuatir bilamana Allah mengurniakan apa
yang kamu mohon, lalu kamu tidak lagi memohon dan merayu kepadaNya.
Sesungguhnya doa kamu adalah zikir yang mendekatkan kamu kepada Tuhanmu.......
- Muhammad Imran Ibrahim
salam..saya nak mohon share yer artikel ini...moga kita dapat berkongsi manfaat dan hidayah darinya...aminn
ReplyDelete