Thursday, August 8, 2013

Salam Aidilfitri 1434H


TaqabbalLah Minna wa Minkum
 (semoga Allah menerima amalan kami dan kamu)

"Hari Raya bukan sekadar kemeriahan , ianya juga tentang suatu keinsafan"

Sunday, July 14, 2013

Perginya sahabatku....



Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un, sahabatku Junaidah Abu Kassim telah pun pulang ke rahmatullah pada 11 Julai 2013 (2 Ramadhan 1434H). Aku pun hanya tahu dari fb dan bila beritahu En Has rupa-rupanya jenazah yang disembahyangkan di masjid Jelatang ketika solat Zohor hari Khamis lalu adalah sahabatku...
 En Has pun tak cerita langsung tentang hari Khamis lalu ada solat jenazah, iyalah manalah dia terfikirkan kawan aku.
Tiada apa yang nak dikatakan cuma sejak kenal aruah dari Tingkatan 5 lagi, tidak ada satu perkataan pun dari mulutnya yang membuat aku marah, mungkin kerana itu kami kekal berkawan sehingga masuk ITM dan bila masing-masing berkahwin, kami membawa haluan masing-masing, jarang 'keep in touch' sangat jarang tapi dia memang tidak jemu-jemu mengirim kad ucapan Raya, cuma memang mungkin aku sahabat yang tak begitu berguna, tidak pernah aku membalas kadnya walau pun setiap tahun beli kad raya konon nak hantar kat dak Jun. 
Ketika berkahwin dialah menjadi pengapit aku, malangnya ketika dia berkahwin aku hanya hantar wakil (En Has) sampaikan hadiah sebab aku malu dengan keadaan aku yang sarat mengandung anak pertama, maklumlah ketika tu 'bodoh' lagi... bila mengandung aku rasa hodoh dan malu nak berada di khalayak ramai. Ketika anak itu lahir dan meninggal dunia, engkaulah tempat aku mengadu dan meluahkan perasaan tetapi setelah aku bahagia dikurniakan anak yang ramai, engkau seakan aku lupakan... lupakah aku nilai persahabatan....
Aku mula mencarinya semula ketika fenomena fb mula melanda...tapi nak menghantar mesej bertanya khabar pun sangat malas. Sehinggalah hujung tahun 2010 barulah aku mesej jemput datang ke rumah semasa aku buat kenduri Haji. Ketika itulah dia beritahu dia disahkan kanser dan minta aku mendoakan yang terbaik buatnya.
Kali terakhir berjumpa tahun Feb 2012 semasa majlis perkahwinan adiknya, ketika itu dia baru sahaja buat kemo dan keadaan tak berapa sihat.Dia beritau suaminya pun diserang kanser. Selepas itu tak pernah langsung aku tanya khabar sehinggalah aku baca adiknya post di fb, alongnya telah meninggal.
Pada mulanya aku tidak begitu terkejut kerana telah maklum dengan keadaannya yang menderita kanser tapi setelah 2/3 hari barulah aku terkenang-kenang dan terasa amat sayu. Bersalahnya aku pada kau...tahu kau sakit tapi tak pernah meluangkan masa menjenguk kau. Aku berjanji tidak akan lupa mendoakan kesejahteraan kau di alam sana... mungkin itu sahaja sumbangan yang dapat aku berikan.
Ya Rabb limpahilah rahmat dan kasih sayangMu terhadap sahabatku. Al Fatihah.



“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu.” - Al Fajr: 27 - 30


Thursday, July 11, 2013

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan Kareem

Ahlan Ya Ramadhan Kareem
Meriah betul orang update kat newsfeed masing-masing tentang kedatangan Ramadhan... aku jarang update apa-apa kat fb, tujuan aku ada fb pada mulanya nak mencari kawan lama, bila dah jumpa tu, fb tak lagi penting pada aku. Tapi aku buka juga fb bukan nak baca sangat apa orang update tapi aku ada like beberapa orang ustaz/ustazah yang newsfeed mereka memberi manafaat kepada orang lain dan juga sebab ada beberapa barangan aku rajin beli kat fb. 
Aku tak rajin share apa-apa kat fb sebab aku takut jadi hipokrit, takut jadi pahlawan keyboard, cukuplah aku menulis di blog sendiri, yang dibaca oleh diri sendiri untuk peringatan diri sendiri. Kadang kala aku senyum sendiri melihat aksi golongan 'keyboard warrior'. Istilah ini merujuk kepada mereka yang juara di papan kekunci namun dalam realiti kehidupan mereka tidak melakukan apa-apa. Aku tak nak komen panjang-panjang, nanti masuk bab 'makan ketupat' pulak bulan-bulan posa ni. (rujuk Gen Q bil 23)
Datangnya Ramadhan kali ini ramai yang berharap inginkan Ramadhan terbaik, saf tarawih meriahnya hanya sehari dua, semakin lama semakin susut, menjelang Hari Raya ramai dah ke laut. Alangkah baiknya jika ramai yang membaca blog ini:
http://www.muhdkamil.org/home
Link ini juga bagus untuk dihayatihttp://saifulislam.com/2013/07/ramadan-di-sebalik-kehebatan-tawaran-itu/

Tuesday, May 28, 2013

LABBAIKALLAH...

Masa pantas berlalu, Rejab semakin melabuhkan tirai, Syaaban sedia menunggu. Apabila tiba Ramadhan bermakna  musim Haji semakin menghampiri. Bagi yang sudah tiba giliran tahun 2013 ini, bersyukurlah dengan rahmat Allah swt yang tidak terhingga di saat ratusan ribu yang sedang menunggu giliran dengan penuh pengharapan.Gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya untuk dekat kepadaNya bukan hanya ketika Haji tetapi sebelum dan selepas mengerjakannya.

 Ada yang telah terbuka hati tetapi belum ada rezeki menjadi tetamuNya. Bagi yang telah mebuat rayuan, teruskan solat hajat/solat malam,berdoalah kepadaNya agar impian terlaksana. Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik buat kita,jangan putus asa, teruskan amalan kunci kejayaan ini : usaha, doa dan tawakkal.

Perjalanan Haji kini jauh lebih mudah dan selesa, aku selalu terbayang bagaimana arwah atuk dan nenek mengerjakan haji tahun 60 an dulu, sayu mengenangkannya, betapa bersyukurnya kita tapi hairan juga masih ada yang tak puas hati... begitulah jika tidak cukup persiapan mental dan fizikal...terserlahlah sifat buruk yang memang telah sebati dalam diri. Bukan nak membanding haji dulu dan sekarang tetapi sekurang-kurangnya untuk mengujudkan rasa insaf dan syukur terhadap nikmat Allah swt. Bila ada rasa syukur, mudah-mudahan kita mampu membuang/mengawal sifat negatif yang memang telah sekian lama berkubang dalam diri.

WUQUF
dulu...buat khemah sendiri merata-rata
sekarang...khemah didirikan secara teratur

MELONTAR JAMRAH
dulu... tertumpu di satu lokasi sahaja, tdak berbumbung, jemaah tidak terlalu ramai
sekarang...besar, moden, lengkap dengan tandas, eskelator,jemaah pula berjuta-juta

BERCUKUR
dulu... tepi-tepi jalan
sekarang...ada deretan kedai di luar Masjidil Haram

KORBAN
dulu... urus dan cari sendiri haiwan
sekarang... bayar sahaja kepada wakil seperti wakil Tabung Haji

SAIE

dulu... di luar, tak berbumbung
sekarang.. selesa, luas, berbumbung

PERJALANAN
dulu... naik kapal 3 bulan pergi, 3 bulan balik  (Malaysia)
sekarang... 8 jam dah sampai. Bersyukur dan malulah kita dengan Rasulullah saw insan mulia yang menempuh perjalanan penuh rintangan selama lapan hari untuk mengerjakan haji.

KAABAH
dulu... kawasan sekitar berbukit bukau, banyak rumah/bangunan
sekarang...pembesaran Masjidil Haram... bukit,rumah dan bangunan hanya tinggal kenangan

Yang sama hanyalah perasaan RINDU : dulu... rindu, sekarang... juga rindu

Ramai yang meluahkan rindu... tetapi sejauh mana rindu diterjemahkan dalam kehidupan seharian... jawapannya hanya boleh dijawab oleh diri kita sendiri. Aku sendiri malu nak mengakui sejauh mana kehidupan aku dizahirkan sebagai seorang yang pernah menunaikan Haji. Aku tidak risaukan penilaian orang tapi amat risau bagaimana penilaian Allah swt terhadap aku.

Buat bakal jemaah, jagalah perkataan dan tingkah laku, gantungkan pangkat dan ego  di pintu pagar rumah sebelum melangkah ke Kelana Jaya. Aku jarang bercerita tentang pengalaman Haji, yang baik aku jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan (tak sanggup nak menceritakannya) tapi aku lihat sendiri orang yang ego/terasa diri lebih pandai. Kasihan mereka, bukankah pengalaman Haji terutama di Arafah dan Mina adalah gambaran kita di padang Mahsyar kelak, malah ianya lebih dahsyat lagi.

Buanglah sifat cerewet, suka mencari kesilapan orang lain dan bersyukurlah dengan apa yang kita nikmati. Bandingkan dengan backpackers dari negara lain.
di mana mereka tidur... bagaimana mereka makan...sanggupkah kita.
Janganlah kita merungut dengan perkara remeh temeh seperti soal makanan, terasa malulah dengan Allah swt. Apabila berlaku sesuatu yang tidak kita sukai, ingatlah matlamat kita hanya satu... kita datang semata-mata kerana Allah.

Bagi yang mampu, bolehlah mengerjakan umrah walau sekerap mana pun. 
Tapi ingatlah sabda  Nabi saw 'di akhir zaman nanti ada empat golongan yang pergi ke Mekah iaitu yang kaya pergi melancong, yang biasa untuk berniaga, yang terpelajar untuk kemasyuran dan yang miskin untuk minta sedekah'. Semuga kita tidak termasuk di kalangan golongan itu.

Sumber gambar : encik google

Thursday, May 16, 2013

Selamat Pagi 'Cekgu'

Khamis 16 Mei 2013 - liputan menyeluruh tak menyeluruh sambutan Hari Guru SMK Lubok China
Sibuk-sibuk kat Dataran Bestari
Selamat pagi 'cekgu' boss
Wordless Thursday
Acara rutin
Agenda wajib... makan
Makan...
Makan....  o o o

Penaja sarapan pagi kita... TQ
Tahun ni tak ada persembahan silap mata, tapi 'silau mata' mungkin ada... fokus kat tudung ye...
Jejaka idaman Malaya

Semua pakai baju baru warni warna
Namun ada juga yang berbangga dengan baju siaran ulangan (baju raya hari guru tahun lepas), siap belek-belek lagi
Eh baju siaran ulangan jugak
Lagi peminat  baju siaran ulangan...patriotik sungguh!
Menang cabutan bertuah pulak...menjeleskan betul!
Jejaka Melayu terakhir
Riaknya dapat beg....
Tinggi sungguh semangat kesukanan dak Sumi, pakai baju sukan dari pagi sampai balik
Dilanda fenomena nur kasih 
Saiful Nang to be...
Anak-anak tekun mewarna
Penuh konfiden boleh menang...
Teacher lawan dengan boss, teacher kalah!
Genit vs Comei
Bangganya dapat bunga dari GKMP
Hadiah untuk guru.... Alhamdulillah.
Bunga untuk team T&V sahaja....hadiah dari GKMP - tqvm
Guru-guru pelatih yang sporting

Banyak sungguh acara dan persembahan, semuanya terbaik dari ladang, cuma tak rajin nak ambik gambar... congratulations kepada semua yang berkenaan.

Majlis diakhiri dengan ...makan...makan...makan

Sekian.

Yang baik datangnya dari Allah swt, yang buruk datangnya dari syaitonirrajim.

Pesanan penaja: Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

Saturday, May 4, 2013

5 Mei 2013


Ya Allah ya Tuhanku, Ampunilah daku. Aku manusia lemah ya Allah. Bantulah daku dalam membuat pilihan ini. Gerakkanlah hati ku agar memilih yang terbaik di sisiMu. Pilihan yang mengangkat agamaMu, yang mendekatkan kami kepadaMu dan yang akan mempertemukan kami di syurga Mu.