Wednesday, June 29, 2011

27 Rejab 1432 Hijrah (29 Jun 2011)

Perjalanan Rasulullah saw dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa ditemani malaikat Jibrail dan Israfil dinamakan Israk manakala perjalanan Rasulullah saw naik ke Sidratul Muntaha  bertemu Allah swt ditemani malaikat Jibrail dinamakan Mikraj. Ianya berlaku pada 27 Rejab tahun ke-11 selepas kenabian Baginda dan merupakan dua misi perjalanan hebat sebagai anugerah kemuliaan dan mukjizat kepada Baginda.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Sunday, June 12, 2011

Rahsia zuhud :

Hassan Al-Basri menjawab pertayaan tentang rahsia *zuhud :
- Aku tahu rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain, maka hatiku tenang.
- Aku tahu amalanku tidak akan dilaksanakan oleh orang lain, maka aku sibukkan diri untuk melakukannya.
- Aku tahu Allah SWT sentiasa memerhatikan diriku, maka aku malu untuk melakukan maksiat terhadapNya.
- Aku tahu kematian sentiasa menungguku, maka aku akan sentiasa menambah amalanku untuk menghadapi pertemuan dengan Allah SWT.
meninggalkan apa yang tidak bermanfaat demi kehidupan akhirat.


petikan: http://peribadirasulullah.wordpress.com/

Thursday, June 9, 2011

Doa di akhir solat


Mu'az bin Jabal ra menceritakan bahawa suatu hari Rasulullah saw memegang tangannya seraya mengucapkan, “Hai Mu’az, demi Allah sesungguhnya aku benar-benar mencintaimu. Demi Allah, aku benar-benar mencintaimu.” Lalu beliau bersabda, “Aku wasiatkan kepadamu hai Mu’az, jangan kamu tinggalkan bacaan setiap kali di akhir solat hendaknya kamu berdoa, ‘Allahumma a’in ni ‘ala zikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatik’ (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatMu, bersyukur kepadaMu, dan beribadah dengan baik kepadaMu).” (HR Abu Daud)

Friday, June 3, 2011

Kelebihan Bulan Rejab

Sedar atau tidak, masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Tanpa kita sedari kita sudah pun berada di bulan Rejab. Bulan yang penuh keberkatan. Rejab bermaksud ta’azim ( kebesaran, keagungan dan kemuliaan ) kerana ALLAH S.W.T. akan melimpahkan rahmat dan kemurahan-NYA. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk melalui bulan Rejab dan diharapkan kita semua tidak akan mensia-siakan peluang yang ada.
Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan Rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Sumber : http://dakwah.org/blog/?p=256

Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara


Wednesday, June 1, 2011

Wednesday, May 25, 2011

Cuci hati?

Petua mencuci hati daripada pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. Harap-harap tiada lagi hati yang kotor yang suka menyakitkan hati orang lain, jauh dari sifat hasad dengki, cemburu dan iri hati melihat kesenangan dan kegembiraan orang lain, sentiasa bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang kita dapati tanpa membandingkan dengan orang lain.
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w minimum100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.
Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, terasa takut kerana bimbang akan mati bila- bila masa.
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)
14. Berkawan dengan ulama.
15.. Berkawan dengan orang miskin.
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera.

Kita pun jelak dengan orang-orang yang berhati batu dan berhati kering kan.... semoga Allah mengampunkan dan membuka pintu hati mereka ini untuk berubah.

Monday, May 23, 2011

Tragedi Tanah Runtuh...Lenyap sekelip mata


Alangkah pilunya hati menonton Buletin Utama Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Anak Yatim dan Anak Anak Hidayah Madrasah Al Tawqa di Hulu Langat.
Kanak kanak yang baru mengenal dunia telah pergi buat selama-lamanya kerana Yang Maha Pencipta lebih menyayangi mereka.
Enam belas jenazah selamat dikebumikan, ada yang dikebumikan dalam satu liang dan ada dikebumikan di kampung masing masing.
Kepada Allah kita datang dan kepadaNYA juga kita akan kembali.....
1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun
2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8) Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd Mustakim Mamat, 12
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd Zaid Azahari, 14
14) Mohd Imal Fahad, 9
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9
16) Mohd Hazim Sapri, 10

AlFatihah buat mereka.

Seperti biasa, kita akan baca/dengar reaksi begini:

Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di Felcra Semungkis, Batu 14 di sini yang ranap dalam kejadian tanah runtuh semalam dibina tanpa kebenaran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
Pihak berkuasa tempatan itu tidak pernah menerima permohonan bagi membina bangunan terbabit sebelum ini.
“Kalau mereka mohon untuk membuat rumah ini sekarang, pasti tidak diluluskan kerana keadaan cerun yang terlampau curam iaitu melebihi 70 darjah,”
- kata Yang Dipertua MPKj, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman


Kerajaan akan memastikan mereka yang ingin memajukan sesuatu kawasan perlu mengikuti setiap perkara dalam garis panduan itu bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Pihak berkuasa termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) pula akan membuat pemantauan di kawasan-kawasan berisiko.
Dalam pada itu, beliau berkata, semua pembangunan di kawasan lereng dan berbukit di Kuala Lumpur tidak akan dihenti asalkan pemilik tanah dan pemaju mematuhi syarat-syarat teknikal tersebut.
- Menteri Wilayah Perseketuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin


Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat, Selangor bukan sahaja dijadikan sebagai rumah yang menempatkan anak-anak yang tidak mempunyai ibu bapa tetapi turut digunakan untuk tujuan lain
Sehubungan itu, katanya, kementeriannya masih belum dapat memastikan status sebenar rumah kediaman tersebut.
“Jadi, kita tidak tahu rumah itu digunakan untuk apa dan ia bukan rumah anak yatim kerana ramai yang bermastautin di situ,”
- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


Jabatan Kerja raya (JKR) diminta segera mengkaji dan meneliti kawasan cerun sekitar kawasan tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, jika terdapat ketidastabilan cerun.
Kawasan itu dipercayai telah beberapa kali mengalami kejadian tanah runtuh namun tidak dilaporkan.
“Kita minta JKR pergi melihat kawasan itu…sekiranya berlaku tanda-tanda tidak stabil, kita akan beritahu pihak yang berkenaan.
“Pihak kami akan siasat. Jika ini tanah persendirian, kita akan bantu. Sekiranya di bawah bidang kuasa JKR, kita juga akan bantu,”
- Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor


Cukup-cukuplah... maaf rasa nak muntah. Skrip yang sama cuma lagu berbeza. Anak-anak kecil itu tidak mengerti apa itu CF, apa itu cerun melebihi 70 darjah, apa tah lagi nak memahami erti kehidupan.Walaupun mereka meninggal dunia dalam runtuhan, akhlak mereka tak pernah runtuh. Di alam kubur dan akhirat kelak, semoga roh dan keimanan mereka tetap teguh selama-lamanya. Berbanding anak-anak lain di luar sana yang hidup bukan dalam suasana seperti ini. Kalau mereka menemui ajal, adakah dalam keadaan yang baik seperti ini ? Belum tentu.

"Ya Allah inikah tanda kemurkaanMu, ampunkan kami Ya Allah jika kami selama ini mementingkan diri sendiri dan meminggirkan golongan yang malang ini, hina sungguh kami Ya Allah"

Bersama-sama kita merenung kembali apa yang tersirat di sebalik tragedi ini.