Wednesday, May 25, 2011

Cuci hati?

Petua mencuci hati daripada pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. Harap-harap tiada lagi hati yang kotor yang suka menyakitkan hati orang lain, jauh dari sifat hasad dengki, cemburu dan iri hati melihat kesenangan dan kegembiraan orang lain, sentiasa bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang kita dapati tanpa membandingkan dengan orang lain.
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w minimum100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.
Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, terasa takut kerana bimbang akan mati bila- bila masa.
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)
14. Berkawan dengan ulama.
15.. Berkawan dengan orang miskin.
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera.

Kita pun jelak dengan orang-orang yang berhati batu dan berhati kering kan.... semoga Allah mengampunkan dan membuka pintu hati mereka ini untuk berubah.

No comments:

Post a Comment