Agak mengejutkan Air Terjun Ulu Bendul yang sering menjadi tempat perkelahan kami dulu-dulu boleh berlaku fenomena 'kepala air' yang menyebabkan kehilangan tiga nyawa sianak kecil. Siapa sangka aliran air yang tenang dan cetek sebegitu boleh membawa satu mimpi ngeri kepada segolongan insan. Namun kuasa Allah swt tiada siapa dapat menduga. Lari lah ke mana pun kita tidak akan dapat lari dari ketentuan Allah. Sedangkan negara Jepun yang serba canggih pun tidak dapat melawan takdir tsunami.
Tetapi di sebalik tragedi itu, ada persoalan yang tidak terungkai....dengan usia anak hanya 2,4,5 tahun, mengapa ibu bapanya bercerai sedangkan usia rumah tangga pastinya terlalu muda, ibarat bayi baru hendak bertatih. tidak kasihankah kepada anak-anak yang masih kecil, bukankah anak adalah 'pinjaman' Allah kepada ibu bapa untuk dilaksanakan amanah terhadap mereka?
Mungkin ada ikhtibar di sebalik kejadian yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa untuk muhasabah diri, bukan keluarga berkenaan sahaja tetapi kepada kita sekelian.
Pilunya hati melihat gambar terakhir mereka sedang tidur di dalam khemah. Teringat Aid juga ada gambar tidur dalam khemah sebelum turun bermain air. Allah lebih sayangkan tiga beradik itu. Mereka menemui Tuhan dalam keadaan tiada sebarang dosa terpalit. Kini mereka sedang menunggu ibu bapa di Jannah.
No comments:
Post a Comment