"Apabila mati seseorang anak Adam itu, putuslah hubungannya dengan dunia kecuali ilmu yang dimanfaatkan, sedekah jariah dan doa anak yang solih". Jelas... tapi kenapa masih ada orang kedekut harta.... tak menghairankan kerana sebagai manusia yang lemah, kita memang sering terpesona dengan kilauan duniawi.
Kedekut ilmu.... pun ada species camni. Banyak contoh kedekut ilmu ni... antaranya bukaklah blog sesetengah guru yang hebat, ada banyak input yang berguna untuk sama-sama dikongsi tapi kalau nak save kena log in sebagai ahli, itu ok lagi, ada yang kena bayar. Ada setengah gambar kalau kita nak 'save as' keluar remark ni "ops ini harta mak bapak aku". Isk isk dasat juga orang kedekut ilmu ni.
Ada satu web site tu jual barang on line, adalah satu peniaga copy paste dia punya gambar... bukan main 'hangin' dia siap mengata soal haram halal lagi... bukankah kekasaran itu menggambarkan keburukan kita juga. Kalau dihalalkan sahaja bukankah pahalanya akan berpanjangan.
Rupa-rupanya fenomena kedekut ilmu ni berlaku juga di kalangan orang bijak pandai, dalam buku "Bila Pintu Hati Terbuka" ada cerita kedekut ilmu ni ms 80 - 83, bukan orang Melayu aje, bangsa lain pun sama.
Teringat zaman kanak-kanak dulu, ada satu jenis makanan tu sedap sangat tak ingat kuih ke lauk tapi saudara yang buat kuih tu tak mahu bagi resepi. Akibatnya bila dah innalillah resepi tidak dapat diwarisi, pupus bersama arwah. Ni lagi satu penyakit kedekut ilmu orang dulu-dulu. Resepi pun nak rahsia, tapi orang sekarang bagus sikitlah, tak kedekut ilmu masakan sebab tu blog masakan/buku resepi berlambak-lambak sampai tak tau mana satu nak cuba.
Berkongsi ilmu tidak akan menjejaskan sedikit pun ilmu yang ada, juga satu sen pun tidak akan berkurangan dari poket kita, malah perkongsian ilmu yang bermanfaat itulah akan menjadi bekal kita di alam barzakh kelak.
Kalau kita boleh menghasilkan satu input yang baik contohnya laporan/minit mesyuarat/perancangan/brosur etc etc, bagi je soft copy kalau orang nak, kalau diedit-edit kata hasil titik peluhnya pun tak usah kisah."ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya". Buanglah sifat Qarun itu jauh-jauh.
*gambar bunga ni copy paste harap dihalalkan... tenang jiwa tengok bunga ni, dapat pahala tuan punya gambar ni, ameen ya Rob
No comments:
Post a Comment