Sunday, May 8, 2011

Mengalir air mataku

Sementara menunggu masuknya waktu Zohor, jenguk blog sekejap memandangkan laptop sentiasa 'menganga', begitulah Aid dah tak nak pakai lappy tu shut down lah tapi jangan harap. Blog yang tak pernah miss adalah blog Prof Kamil, Kehidupan Makkah dan Haji Muda. Terpandang di chat box.. Haji Muda singgah dengan ucapan semuga Allah swt memberi cinta dan kasihnya kepada Puan. Ya Allah hampir menitis air mata... Haji Muda bagiku adalah insan hebat yang Allah beri kecemerlangan duniawi dan kini beliau sedang mengorak langkah menggapai tempat di Firdaus. Tiga buah buku hasil tulisannya kini menjadi panduan hidupku ke arah menjadi insan yang lebih cemerlang. Munajat hasil karyanya ku amalkan setiap kali selepas solat. Gaya penulisannya sangat indah dan menyentuh kalbu. Semangat yang dibakar melalui tulisannya juga membuatkan aku kini mengamalkan sembahyang dhuha yang dulunya amat asing bagiku.
Tiga buah buku itu ku letak merata-rata di dalam rumah, kadang-kadang atas meja studi, kadang-kadang di meja komputer, ada kalanya di ruang tamu dengan harapan anak-anakku terbuka hati untuk membacanya, remaja...sukar nak tertarik dengan buku-buku sedemikian.
Dalam keadaan tidak percaya jam telah menunjukkan waktu solat telah pun masuk dan hari ini aku sembahyang dengan linangan air mata. Ada masanya aku seperti tidak percaya yang aku telah pun menunaikan fardhu Haji kerana satu ketika dulu Haji terlalu jauh dari hatiku malah sehingga surat tawaran sampai aku dengan selamba memberitahu suami tangguh dahululah, belum cukup duit. Tetapi begitulah apabila Allah ingin memberi hidayah, tidak sampai 4 jam selepas aku berkata tangguh dulu, tiba-tiba sahaja aku berkata setuju kepada suami.
Selepas itu bermulalah era baru dalam hidupku. Menunaikan Haji bukan setakat memenuhi kursus Haji malah aku tidak menghadiri satu pun kursus Haji kecuali kursus intensif dan Haji Perdana. Apa yang penting adalah mewujudkan roh haji di dalam diri serta memahami konsep dan falsafah haji agar kita tidak membawa sifat-sifat negatif ketika di sana.

Buat Haji Muda, semuga diberi masa dan ilham oleh Allah swt untuk menulis buku yang ke empat, Insya Allah.

No comments:

Post a Comment