Terima kasih, Ya Allah... nikmat yang Kau beri melimpah ruah, ampunkan aku jika aku sering terleka dengan perhiasan duniawi.. hina sungguh aku ini ya Allah.. mempermainkan keagunganMu.. ampunkan aku ya Allah.. sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang yang zalim..baru pagi ini aku memohon ampun tetapi tengah harinya telah membuat dosa, baru petangnya aku memohon ampun tetapi sebelah malamnya aku membuat dosa lagi
Terima kasih kerana melindungi aku dari kekejaman syaitan durjana....janganlah Kau membolak balikkan hatiku sehingga akhir hayat ku nanti.
Tiada tuhan yang ku sembah melainkan Engkau Ya Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menjadikan alam ini.. yang masih lagi mengizinkan ku untuk terus hidup di bumiNya yang sangat indah ini..
Tanpa disedari aku telah menjadi penghuni 'senja' di bumi ini..berilah aku masa untuk membesarkan anak-anakku kerana mereka masih belum boleh hidup tanpaku. Aku pasti akan meninggalkan mereka tetapi berilah sedikit ruang lagi. Amin Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment