Friday, December 28, 2012
Kelebihan mengamalkan Surah Al Kahfi
Selain dari rutin masyarakat Melayu mengamalkan surah Yassin pada malam Jumaat, biasakan juga membaca surah Al-Kahfi yang mempunyai banyak fadhilat dan sangat baik dikhususkan utk bacaan pada Hari Jumaat (bermula lepas Maghrib hari Khamis sehingga ke Solat Jumaat). Memang panjang (110 ayat) tetapi jika dibiasakan amalan membacanya akan terasa mudah seperti mudahnya kita membaca surah Yassin, InsyaAllah.
Hidup kita di akhir zaman penuh dengan fitnah sehingga sukar membezakan antara yang benar dan yang salah. Kepada siapa lagi untuk memohon perlindungan kecuali Allah swt. Semuga kita semua terpelihara dari fitnah Dajjal.
(HR Hakim 3349) : “Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.”
(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”
(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.
Saturday, December 15, 2012
Thursday, December 13, 2012
DOA
Wahai sahabatku, Allah Taala suka mendengar doa dari hambanya. Sehingga hamba itu rasa jemu untuk meneruskan doanya, sedangkan Allah belum jemu mendengar doa
hambaNya. Lantaran itu janganlah engkau jemu untuk memohon doa
kepada Tuhanmu, kerana doa adalah kerendahan diri hamba terhadap Allah.
Wahai sahabatku, bilamana kamu berdoa, berdoalah dari dalam lubuk hatimu. Jangan sesekali kamu hanya sekadar menyebut dengan lidah tanpa keinginan yang kuat dari lubuk hatimu. Jangan engkau berdoa dengan meletakkan tanganmu di atas pahamu, Angkatlah tangan mu sebaik mungkin, dan sedarilah engkau memohon kepada Tuhanmu, bukan kepada makhluk.
Wahai sahabatku, Allah Taala malu untuk menolak permintaan hambaNya. Lantaran itu semua doa akan diterimaNya. Terkadang Allah beri apa yang kamu mohon, terkadang Allah ganti dengan yang lain yang kamu terlupa memohonnya, dan terkadang Allah gantikan dengan pengampunan dosa-dosamu, dan terkadang Allah jadikan doa itu untuk mengangkat darjatmu selepas matimu.
Wahai sahabatku, janganlah engkau menjadi hamba Allah yang sombong yang tidak memohon kepada Allah selepas solatmu. Tadahlah tanganmu mohonlah kebaikan duniamu dan keredhaan Allah di akhiratmu.
Wahai sahabatku, manusia akan merayu-rayu kepada Allah di akhirat nanti dengan pelbagai rayuan dan tangisan. Tetapi kamu harus merayu dan menangis sekarang terhadap kesalahan dan dosamu. Kerana tangisan dan rayuan sekarang didengari oleh Allah, sedang tangisan dan rayuan akhirat tidak lagi dipeduli.
Wahai sahabatku, Jangan engkau putus asa bilamana doamu tidak kamu perolehi, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Teruskan doa tersebut tanpa jemu dan buruk sangka terhadap Allah. Allah mendengar doamu, Hanya terkadang Dia tidak menunaikan terus permintaanMu kerana Ia gembira mendengar permintaanMu, dan aku khuatir bilamana Allah mengurniakan apa yang kamu mohon, lalu kamu tidak lagi memohon dan merayu kepadaNya. Sesungguhnya doa kamu adalah zikir yang mendekatkan kamu kepada Tuhanmu....... - Muhammad Imran Ibrahim

Thursday, November 22, 2012
Akan berjayakah 'boikot' ?
Buka FB sekarang ni kebanyakan orang newsfeed nya pasal Gaza... macam-macam pesen, ada gambar real, gambar lukisan, doa-doa, no akaun bank, macam-macam lagilah. Apa pun cara semuanya bertujuan untuk menyatakan rasa marah terhadap satu bangsa yang sombong dan hina tu.
Kempen boikot Yahudi yang suam sejuk kini panas kembali. Tapi seperti kelazimannya boikot memboikot ni tak akan hangat selamanya kerana setiap yang hangat akan menjadi suam dan setiap yang suam akan menjadi sejuk membeku kui kui. Apa sebabnya... sebab tak ikut cara Rasulullah saw. Baginda memboikot Yahudi dengan cara menyatupadukan umat Islam terlebih dahulu. Kita.... bersatu ke tidak? Bacalah kisah dalam buku BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW sub topik Hijrah ke kota Madinah, kalau rajin bacalah kandungan Piagam Madinah sampai habis, ada banyak 'fasal' yang menyebut tentang Yahudi. Tapi buku ni 'mahal' RM 65... ramai orang menyebut cintakan Rasululullah saw, rindukan Masjid Nabawi tapi nak beli buku ni... alamak mahal, beli pun tak ada masa nak baca.
Masa boikot tengah hot, bergantunganlah banner sana sini tapi yang kelakarnya tukang gantung banner dialah orang pertama beratur nak dapat bege telur mekdi percuma keh keh
Yang sebar macam-macam doa tu, check dulu solat 5 waktu kita sempurna ke tidak, lagi baik kalau dapat kurangkan tidur untuk bangun solat malam kerana ketika itu Allah akan turun ke langit dunia untuk melihat siapa yang sedang memohon pertolongan. Mudah-mudahan berkat doa abang adik kakak semua akan dimakbulkan Allah swt
Wednesday, November 21, 2012
Jawapan kepada persoalan...
Manusia yang punya perasaan dan hati perut tentu tertanya-tanya kenapa Yahudi suka-suka bunuh rakyat Palestin termasuklah bayi baru lahir, tak kesian ke. Bila dengar ceramah Ustaz Kazim barulah tau sebabnya :
1. Yahudi belajar dari kitab mereka iaitu Talmud yang mengatakan bahawa semua bangsa di dunia adalah binatang, yang tak binatang adalah bangsa mereka sahaja.Kerana itu mereka tak ada sifat belas kasihan termasuklah terhadap kanak-kanak kerana kanak-kanak adalah anak binatang yang tidak perlu dikasihani.
2. Tentera barisan hadapan mereka adalah anak luar nikah/anak haram yang dikumpulkan dan dibesarkan hanya untuk menjadi tentera yang setia. Mereka tiada mak bapak / saudara mara/adik beradik dan rasa kasihan tidak ada dalam jiwa mereka. Sejahat-jahat kita ada juga rasa bersalah bila nak buat dosa, teringat mak bapak/adik beradik.
Banyak lagi info boleh dilihat/dengar di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=rcKDVVp4s7g&feature=related

Saturday, November 17, 2012
GAZA OH GAZA
Bayangan tragedi Gaza berulang lagi....Maal Hijrah 1434H ini disambut dengan Gaza dihujani bom dan peluru yang telah mengorbankan 13 orang termasuk Ketua Umum Briged al Qasam, tiga kanak-kanak, seorang wanita hamil serta orang awam yang tidak berdosa. Al Fatihah.
Ya Allah berilah kekuatan dan kemenangan kepada saudara kami yang sedang berjuang di jalanMu.
Apakah yang sedang kita lakukan? Hakikatnya kita berseronok di sini tetapi saudara Islam kita di sana menderita .
Monday, November 5, 2012
Allahummaghfirlahu warhamhu...
“Ya Allah, ampunkanlah dosanya dan limpahkan rahmat-Mu ke atasnya.”
Ahad 04.11.2012 menziarahi bapa mertua Anor yang meninggal dunia pada malam 03.12.2012 setelah hampir dua tahun mengidap kanser kelenjar. Walau hanya bapa mertua kepada adik aku, pilu dan menitis jua air mata kerana sejak Anor berkahwin sering juga aku berjumpa dan beberapa kali menghadiri majlis kenduri di rumahnya. Aruah memang baik orangnya dan elok tutur kata.
Anor pulak baru 5 hari bersalin dan kehadiranku rasanya sangat bererti sebagai pengganti Anor dan dapat juga aku memberi sumbangan terakhir dengan Al Fatihah dan surah Yassin. Semuga Pak Cik Zakaria sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah swt.
23.10.2012 yang lalu sahabatku Saridah kehilangan suami tercinta, lebih memilukan beliau terpaksa terbang ke Labuan untuk menuntut jenazah suami. Pastinya beliau melalui episod duka dan sukar dari saat menerima berita kematian sehinggalah aruah selamat dikebumikan.
Buat sahabatku mengadu dan bergantunglah sepenuhnya kepada Allah swt, hanya Dia yang mengetahui dan memahami kesedihan di hati dan hanya Dia yang mampu mengubat segala pilu di jiwa.
"Firman Allah SWT yang bermaksud "setiap jiwa itu akan merasai mati..” (Surah Al-Imran, ayat 185). Rasulullah SAW juga telah mengingatkan kepada umatnya agar sentiasa mengingati mati dalam sabdanya yang bermaksud, “Perbanyakkanlah memperingati perkara yang memutuskan kenikmatan dunia (mati).”
“Innaalillaahi wa innaa ilaihi ro ji'uun”, seperti firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 156)

Monday, October 22, 2012
Yang tak terucap
Pengharapan
ibubapa yg tak terucap:
1.Jangan
derhaka kpd kami.
2.Jaga
kami bila kami dah tua.
3.Jika
tak mampu nak bantu, jangan susahkan kami.
4.Tegurlah
kami dengan lembut.
5.Jangan
bodohkan kami walau kami jahil.
6.Jangan
heret kami ke neraka dengan membuat dosa.
7.Jangan
minta yang kami tak mampu beri.
8.Jangan
contohi tabiat buruk kami.
9.Usahalah
untuk menjadi lebih baik daripada kami.
10.Jika
kamu gagal, itu tanda kami gagal.
11.Taati
Allah walaupun kami dah mati.
12.Doakan
kami bila kami sudah tiada.
13.Jangan
sia-siakan hidup kamu.
14.
Belajar untuk bersyukur.
15.
Kawal kegunaan komputer.
16.Jangan
paksa kami berpesan berulangkali.
17.Jangan
malukan keluarga, bangsa dan agama.
18.Kami
kecil hati jika anak tak bantu bila kami mohon bantuan.
19.Jadilah
lebih baik daripada kami.
20.Walau
apa yang berlaku, kami tetap sayang kamu.
Friday, September 21, 2012
Pahala selepas mati
Tujuh pahala selepas mati:
- mendirikan masjid selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
- mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
- menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya
- menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
- menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya samada manusia atau burung.
- mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
- meninggalkan anak yang soleh yang mendoakan kedua orang tuanya.
(Anas r.a.)
Monday, September 17, 2012
Kemanusiaan yang hilang
Berita Harian 17 Sept 2012 : Mayat bayi yang masih bertali pusat dicampak dari tingkat 3 Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya. Seorang wanita berusia 20-an ditahan untuk membantu siasatan. Kes bayi dicampak dari tempat tinggi bukan pertama kali kita dengar dan baca. Nampaknya syaitan bertopengkan manusia semakin bermaharajalela di sekeliling kita, termasuklah sipencampak bayi itu. Tak ada hati perut kah dia....ops syaitan mana ada hati perut.
Kes ini bertepatan dengan sabda Rasululllah saw : tanda-tanda awal hari nak kiamat ialah manusia bertambah zalim dan tidak tahu akan hukum hakam agama. Mudah-mudahan kita, keluarga dan seluruh kaum muslimin muslimat tidak tergolong dari manusia sebegini rupa. Nauzubillah min zaliq
Gambar : Ondscene.my. TQ
Dunia dah nak kiamat....
Berita Harian 14 Sept 2012 : remaja 14 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jerantut atas tuduhan sumbang mahram terhadap kakak kandung berusia 15 tahun sehingga melahirkan seorang bayi lelaki.
Tergamam, terkedu, ter.. macam-macam perasaan bercampur baur membaca berita ini. Walau pun baru satu pertuduhan tetapi jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun dan sebatan. Mengapa boleh terjadi, siapakah yang bersalah. Inikah contoh amanah Allah yang disia-siakan ?.Apa nak jadi keturunan masa depan yang caca merba. Memang benarlah dunia dah nak kiamat.
Wednesday, September 5, 2012
RAYA 2012
Seperti tahun-tahun sebelumnya, agenda raya kami adalah bergambar di studio
Cina tu pun dah pandai edit gambar ye.... wah kelas kau cina
Seperti tahun 2011, mood malas nak raya menguasai hati & fikiran, akibatnya pergi raya ke studio cina tu dan 2 buah rumah (mak saudara En Has) aje, tunggu Raya 2013 lah kalau panjang umur.

Monday, July 9, 2012
Bangunlah.....
Ilmu sains moden telah menemui dan mengakui tentang kelebihan bangun awal di waktu pagi.
Nabi S.A.W tidur awal pada waktu malam dan bangun awal pada waktu pagi, baginda juga tidak berjaga malam selepas isya’ kecuali untuk menyampaikan majlis ilmu bersama para sahabat yang dikasihi.
” Bangunlah di malam hari , kecuali sedikit, ”
Al-Muzammil – 2
Menunaikan solat dua rakaat pada waktu malam ialah satu persediaan untuk menghadapi kesunyian di dalam kubur kelak. Sabda Rasulullah saw:
“Tunaikanlah solat dua rakaat dalam kegelapan malam demi kesunyian di dalam kubur”
Sembahyang malam hebat kesannya kerana ia membekalkan potensi dan daya juang yang tinggi dalam jiwa orang mukmin. Benarlah firman Allah S.W.T:
” Sesungguhnya jiwa ( orang ) yang terbentuk pada waktu malam itu lebih mantap ( keperibadiannya ) dan lebih jitu kata-katanya “
Al-Muzzammil – 6
Kajian sains terhadap kelebihan bangun awal pada waktu pagi untuk kesihatan jasmani
1) Sains menyatakan kandungan gas ozon dalam udara pada waktu pagi adalah tertinggi berbanding pada waktu lain. Gas ozon amat penting untuk tubuh badan. Kesannya untuk kesihatan adalah amat baik, ini lebih baik jika seseorang itu menunaikan solat subuh di masjid, semakin jauh masjid maka semakin baik. Ganjaran pahala pun bertambah. Insyaallah
2) Kandungan ‘ al-kartozon’ dalam darah adalah tertinggi pada waktu pagi sebelum matahari terbit. ‘Al-kartozon’ baik untuk badan yang mengaktifkan sel dalam badan, dan juga menambahkan kandungan gula dalam darah.
3) Bangun awal di waktu pagi dapat mencegah daripada penyakit hati.
4) Membantu membekalkan kandungan vitamin untuk tubuh badan.
5) Membantu dalam membekalkan tenaga, mencergaskan tubuh badan
Kesihatan tubuh badan akan dirasai oleh orang yang sentiasa bersolat, orang yang menjaga solat subuh, tahajjud, tidur yang sedikit memberi kekuatan dan tenaga yang berterusan. Ini dapat menyangkal dakwaan bahawa tidur yang banyak/lama dapat memberi kekuatan dan kesihatan.
“Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.”
Al-Furqan – 64
“Di dunia mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam. Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar.”
Al-Dzaariyat – 17,18
Ganjaran dan keampunan yang dikurniakan kepada sesiapa yang bangun awal pada waktu pagi:
Pertama: akhirat- diganjari pahala oleh Allah
Kedua : dunia- dikurniakan kesihatan, dibekalkan tenaga, kekuatan, kecergasan, terhindar daripada penyakit
” Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
Al-Isra’ – 79
Sumber: http://www.jutawanmaklumat.com/solat-sunat-pada-waktu-malam/
Wednesday, June 13, 2012
Monday, June 4, 2012
Siapa Sulaiman Al Rajhi
Gambar di atas adalah jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.
Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.
Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.
Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.
Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.
Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.
Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.
Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.
Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.
Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.
Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.
Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.
Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.
Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.
Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.
Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.
Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.
Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.
Temubual:
Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.
Mengapa berbuat begitu?
Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.
Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.
Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.
Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?
Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.
Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?
Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.
Bagaimana pula dengan hobi syeikh?
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.
Ketepatan masa Al-Rajhi
Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”
Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.
Penyelesaian Masalah
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.”
Kita .... kita.... ???
(Catatan ini adalah untuk peringatan kepada diri sendiri agar tidak terlalu rakus dengan kekayaan dunia)
Sumber: syahrilkadir. wordpress

Pra syarat calon menantu dan lelaki jongos
Calon Menantu
Pra syarat calon menantu :
i. nak tengok gambar ruang tamu rumahnya dulu
ii.nak tengok maknya dulu
Pelik kan, bakal menantu tak nak tengok, tak kiralah hensem ke hodoh ke kau dah suka.
Kenapa ruang tamu... kerana melihat ruang tamu seseorang selama 20 minit akan menggambarkan hidup mereka 20 tahun.... dahsyatnya tak percaya. Orang yang lagha ruang tamunya dipenuhi perhiasan (termasuk kristal) yang bernilai puluhan ribu. Almari bukunya pula bukan dipenuhi buku agama/motivasi tetapi berlambak majalah fesyen/solek yang melalaikan. So jangan pilih orang sebegini. Mereka amat cintakan dunia.
Emaknya... kalau pakai T shirt dan jeans/leging, tudung pulak senteng - kensel. Kalau ketam dah tak betul, anak ketam lagilah tak betul. Full stop.
Lelaki jongos
Sebenarnya jantan jongos. Hari Jumaat lepas terpaksa keluar ke kedai, plan nak keluar pagi sebaik aje pintu kedai buka tapi memandangkan hari Jumaat baiklah keluar time orang sembahyang Jumaat. Start kereta aje (1.15 pm) azan zohor berkumandang dalam radio kereta, tu waktu KL kan, kat Melaka tentu awal lagi dah masuk Zohor. Ada seorang mamat ni baru nak balik rumah, dengan uniform lagi, berbaik sangkalah, mungkin dia nak balik mandi tukar baju melayu, sempat lagi. Sepanjang jalan ramai lagi lelaki Melayu terakhir masih on the way, berbaik sangka lagi ... on the way to masjid lah tu. Kat warung makan... ada yang masih menikmati lunch dengan seleranya tanpa rasa tergesa-gesa nak ke masjid... sekejap lagi pergi lah tu. Dalam kedai ada lagi.... Mat Indon/Bangla kot... dimaafkan masih taraf musafir, baru sampai Malaysia. Balik dari kedai, dah 1.30 pm masih ada lelaki Melayu terakhir on the way, nak pergi mana ya... berbaik sangka... musafir. Depan masjid ada yang baru nak parking kereta, tak apalah lebih baik dari yang tak pergi sembahyang Jumaat langsung. Sebelum masuk simpang ke rumah ada mamat naik motor siap berhenti lagi telefon seseorang. Ini hampir konfem cicir solat Jumaat, nak baik sangka apa lagi kalau orang masjid dah nak balik dah.
Kesimpulannya, antara ciri jantan jongos adalah tak pergi solat Jumaat. Pilihlah jantan jongos kalau nak hidup tak bahagia.

Friday, June 1, 2012
kejamnya dunia... waspadalah!
kejamnya dunia....
Bachok Kelantan : Seorang ibu tunggal bersama 4 orang anak tinggal di tempat proses ayam yang busuk, atap bocor dan tidak bertingkap hampir setahun sejak berpisah dengan suaminya ketika mengandung anak ke empat. Sering bergaduh dengan suami dan akhirnya melarikan diri dan berlindung di sebuah wakaf. Malang sekali, sudahlah diceraikan talak tiga, wakaf tempat berlindung pula roboh menyebabkan mereka terpaksa tinggal di sini atas ehsan seorang pengusaha ayam.
- Berita Harian Khamis 31 Mei 2012 m/s14 Nasional
Sedihnya.......kita orang biasa-biasa pun terasa bersalah yang amat sangat.... orang kaya-kaya macam mana? Adakah kita buta mata atau buta hati?
waspadalah!
Bukit Rambai, Melaka : Mariam Najwa Massari 9 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika bermain air bersama adiknya berhampiran tiang elektrik. Sebelum kejadian adiknya mengadu kepada bapanya tentang kakinya yang sakit, tanpa mengesyaki apa-apa, ayahnya hanya menyapu ubat kerana menyangka digigit serangga.
- Berita Harian Khamis 31 Mei 2012 m/s26 Nasional
Sedihnya.... bermain di luar adalah perkara biasa bagi kanak-kanak, tapi apabila ajal telah sampai tiada sesaat pun dapat ditangguh lagi. Berdoalah agar kita semua sentiasa dalam peliharaan Allah dan dijauhi daripada sebarang malapetaka.

Saturday, May 5, 2012
Siapakah?
Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
Siapakah org yg kedekut ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.
Sumber: keluarga3343blogspot
Monday, April 23, 2012
Bila Sakit.....
Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 malaikat :
1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA
Apabila
telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali
sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat
Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan
tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya
tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap
kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit,
bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap
kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.
Saturday, March 10, 2012
TARIKAN WANITA
1) Ayahnya
4) Anak Lelakinya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia dengan tidak memberikan segala keperluan agama seperti solat, membaca Al Quran dan membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat sebaliknya hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anak-anaknya ke neraka.
2) Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya, bergaul bebas di tempat kerja, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, walaupun dia seorang alim maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka.
3) Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing diri dan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong tunggulah tarikan adiknya ke neraka.
4) Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang bercanggah dengan Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunyu ke neraka
Betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.
Marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan syurga. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.
Sumber: iburok blogspot
Thursday, February 16, 2012
24 jam....
Terlalu ramai yang mengatakan diri mereka tidak cukup masa. Allah SWT memberikan 24 jam kepada semua manusia, tiada yg lebih dan tiada yg kurang walau sesaat pun. Beza antara yang cukup masa dan yangg tidak cukup ialah pengurusannya….Subhana Allah…
Sesungguhnya....
Sesungguhnya benarlah semakin tinggi pangkat kita semakin tinggi ego kita kecuali orang yang kenal Penciptanya. Dia akan sentiasa berasa dirinya kerdil dan berwaspada , takut amalannya tidak diterima. Namun seharusnya kita sentiasa bersangka baik kerana bersangka buruk itu ada bersamanya dosa.
Wednesday, February 15, 2012
Menangani manusia negatif
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi).
Baca doa ini selepas solat subuh, setiap kali masuk kerja dan bila bertemu
dengan species negatif ini. Insya Allah ALLAH akan memberi benteng dari serangan fikiran dan lisan negatif ini.
Saturday, February 4, 2012
Salam Maulidur Rasul
Sabda Rasulullah saw:
"...aku tunggu kalian di telaga Khaud..."
~HR Bukhari dan Muslim~

Thursday, January 26, 2012
02 Rabiul Awal
Rasulullah SAW mendidik kita agar melihat orang yang kurang dari kita dalam urusan dunia, manakala dalam urusan agama, hendaklah kita melihat orang yang lebih atas dari kita. Dengan itu, kita akan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha untuk memperbaiki diri demi kebahagiaan dunia dan akhirat.
Monday, January 2, 2012
8 Safar 1433 Isnin
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Firman Allah maksudnya:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah dengan sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang). "(al-Ahzab: 21)

Subscribe to:
Posts (Atom)